in ,

Tiga Cadangan Aktiviti Menarik Boleh Dicuba Penonton RTM

Setiap seorang daripada kita pastinya sudah memiliki perancangan tersendiri dalam melakukan aktiviti kegemaran masing-masing. Terutama apabila sudah dibenarkan merentas daerah dan negeri seperti yang diharapkan kelak daripada pihak kerajaan.

Ya. Perkongsian Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi tiga buah program terbaharu yang sedang disiarkan saluran TV Okey (Astro Saluran 146 dan MyTV Saluran 110) pastinya menyumbang idea untuk anda sekeluarga melakukan aktiviti kegemaran bersama-sama.

Kepada kaki pancing yang tercari-cari lokasi terbaru, luangkan masa menyaksikan program mengisi slot Aksi Okey, “Hero Joran” sedang bersiaran setiap Jumaat, pukul 10.00 malam. Bersama merasai pengalaman memancing bersama Amalina Arham dan tetamu undangan di pelbagai lokasi terpilih di Malaysia. Sementara itu ketahui juga tip serta teknik memancing ikan yang betul dalam program 13 episod ini.

Hos Travel Beat Sean Lee

Aktiviti kembara sama ada dalam atau luar negara pastinya ada terlintas dalam fikiran kita. Untuk itu bersama ikuti perjalanan pengembaraan pelakon terkenal Sean Lee ke Afrika Selatan untuk menikmati pelbagai pemandangan menarik dan pengalaman unik sepanjang berada di Benua Afrika. Semuanya boleh diikuti dalam program “Travel Beat – South Africa” mulai 12 September lalu, setiap Ahad, pukul 9.00 malam dalam slot Check-In Okey.

Sebagai melengkapkan perkongsi bermakna dengan penonton setia saluran RTM, saksikan program “Dunia Femina” bersiaran episod pertamanya mulai 14 September lalu, setiap Selasa, pukul 8.30 malam mengisi slot Stail Okey. Program majalah ini pastinya memberi inspirasi serta maklumat tentang penampilan imej yang menarik, sihat dan kehidupan yang berkualiti bersama selebriti dari pelbagai bidang bersama hos Fiza Frizzy. 

Saksikan siarannya bila-bila masa dan dimana sahaja menerusiportal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Atiq Azman Alami Pendarahan, Kena 5 Jahitan Terhentak Batu Ketika Mandi Di Sungai

Dato’ Sri Nazir Razak Sebagai Pemandu Airasia Ride