in , ,

Astro First Eksklusif Siar CINTA PALING AGUNG Versi Director’s Cut

Astro menerusi Astro First Eksklusif (saluran 480) bakal menayangkan filem Cinta Paling Agung versi Suntingan Terbaru Pengarah (Director’s Cut) mulai 27 Ogos 2015 (Khamis). Terdahulu, filem hebat arahan pengarah terkenal Indonesia, Hanung Bramantyo ini telah mula ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif dari 17 Julai 2015 lalu bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri. Melihat akan sambutan positif yang diterima, pihak Astro dan produksi filem sebulat suara bersetuju untuk menyiarkan versi alternatif dengan pengakhiran yang berbeza dari yang sebelum ini.

Kini, para penonton diberi peluang untuk membuat pilihan sama ada ingin menonton filem Cinta Paling Agung dalam versi umum (versi sedia ada) atau versi Suntingan Terbaru Pengarah (versi alternatif) dengan harga yang sama.

Astro First Eksklusif Siar CINTA PALING AGUNG Versi Director's Cut

Diterajui Aaron Aziz dan Siti Saleha sebagai pelakon utama, Cinta Paling Agung diisi dengan babak-babak yang penuh dengan elemen kejutan dan mampu memberi impak kepada emosi penonton. Gandingan serasi sedia ada di antara Aaron dan Siti Saleha hasil dari kolaborasi di dalam drama-drama tempatan sebelum ini seterusnya disusuli dengan plot penceritaan yang segar di antara kedua-dua negara (Malaysia dan Indonesia) dijangka mampu menyentuh hati dan membuai perasaan penonton. Hampir keseluruhan pengambaraan Cinta Paling Agung telah dilangsungkan di Jakarta, Indonesia.

Filem ini turut menampilkan Mia Sara, Shahrol Nizam dan Zaskya Ada Meca. Hanung Bramantyo yang terkenal dengan filem popular arahan beliau ‘Ayat-Ayat Cinta’ juga pernah mengarahkan sebuah filem televisyen menerusi platform Astro First Eksklusif berjudul ‘Panik’ sebelum ini.

Astro First Eksklusif Siar CINTA PALING AGUNG Versi Director's Cut

Penerbit : Nusantara Seni Karya Sdn Bhd

Pengarah : Hanung Bramantyo

Pelakon Utama : Aaron Aziz, Siti Saleha, Zaskya Ada Meca, Mia Sara

Penerbit Eksekutif : Anup Malik

Penerbit : Raam Punjabi

Penulis Skrip : Sofia Rhyland

Lokasi Rakaman : Jakarta

Kategori : Filem Televisyen (FTV)

Durasi : 100 minit

Saluran : Astro First Eksklusif

Tarikh mula siaran : 17 Julai 2015 dan 27 Ogos 2015 (Khamis) untuk

tayangan perdana versi Suntingan Pengarah

 

Nota: Sila ambil maklum bahawa telefilem Cinta Paling Agung mula ditayangkan di Astro First Eksklusif saluran 480 dari 17 Julai 2015 yang lalu. Kini, Astro First Eksklusif menawarkan Cinta Paling Agung dalam versi Suntingan Pengarah yang akan menemui penonton mulai 27 Ogos 2015 ini. Versi alternatif ini bakal menampilkan pengakhiran (jalan penceritaan) yang berbeza dari versi yang ditayangkan pada ketika ini.

 

SINOPSIS

 

Khairi dan Amyza yang telah berkahwin selama hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hanna. Di awal perkahwinan mereka, Khairi dan Amyza cukup bahagia melayari alam perkahwinan mereka, namun begitu rumahtangga mereka mula bergolak apabila Khairi bertemu dengan seorang wanita bernama Dewi. Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza pada mulanya begitu terkejut dengan keputusan yang dibuat suaminya, tetapi beliau kemudiannya telah memberikan persetujuan untuk menandatangani dokumen penceraian dengan syarat Khairi kembali melayaninya sepertimana mereka baru menjadi pasangan suami isteri suatu masa lalu untuk tempoh tertentu.

Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi menentang perkahwinan tersebut. Pada masa yang sama, Dewi terus tersepit apabila bekas teman lelakinya, Reza ingin kembali bersamanya.

Selepas beberapa hari berlalu Khairi mula merasa keintiman antara dia dan Amyza, dalam masa yang sama Dewi juga membuat keputusan memutuskan hubungan mereka. Khairi menyedari dia masih mencintai Amyza. Mereka kembali bersama untuk mengecapi kebahagiaan yang pernah pudar sebelum ini. Namun demikian, takdir mungkin telah menjadi penghadang kepada cinta mereka.

 

 

PELAKON & WATAK UTAMA

 

Pelakon Watak Deskripsi
Aaron Aziz

 

 

Khairi •       Berusia di awal 30-an dan merupakan seorang eksekutif di firma multinasional di Jakarta, Indonesia. Telah berkahwin dengan Amyza selama hampir sepuluh tahun, namun begitu perkahwinan mereka mula goyah apabila Khairi bertemu dengan Dewi. Dewi memberi syarat kepada Khairi untuk menceraikan isterinya. Pada masa yang sama, Khairi juga tidak menyedari sejauh mana cinta Amyza kepadanya.

 

Siti Saleha

 

Amyza

 

•       Seorang isteri dan ibu penyayang yang berusia di awal 30-an. Hidupnya sentiasa berkisar mengenai suaminya (Khairi) dan anak perempuannya (Hanna). Dunia Amyza seakan gelap apabila suaminya memberitahunya yang beliau ingin bercerai dan memulakan hidup baru dengan wanita lain.

 

Zaskya Ada Meca

 

Dewi

 

•       Berusia di awal 20-an dan merupakan seorang wanita Indonesia yang cantik. Beliau jatuh cinta dengan Khairi dan memberi syarat kepada Khairi untuk menceraikan isterinya jika beliau ingin mengahwininya.

 

Mia Sara Hanna •       Berusia di antara 8 – 10 tahun, seorang kanak-kanak-kanak yang comel dan anak kepada Khairi dan Amyza.

 

Astro First Eksklusif Siar CINTA PALING AGUNG Versi Director's Cut

Astro First Eksklusif Siar CINTA PALING AGUNG Versi Director's Cut

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Yatt Hamzah Sah Bercerai Talak Satu

Info Tentang Filem USOP WILCHA MEGHONJANG MAKHLUK MUZIUM