in , ,

Ashraf Muslim, Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari di Hero Remaja Finalis 2008

12 hero kacak segak bergaya macho hensem ala-ala anak ikan berudu akan bersaing untuk merebut takhta HERO REMAJA 2008.

Kepada korang yang tak tahu lagi, Hero Remaja adalah satu pertandingan mencari lelaki kacak bergaya yang terbuka kepada semua warga Malaysia yang berumur antara 17 hingga 25 tahun. Ianya bukan sekadar pertandingan siapa paling macho tapi contest ini menguji personaliti dan mental peserta yang bermula pada Januari 2007. Sebanyak 20 peserta telah dipilih untuk menghiasi 4 keluaran majalah Remaja berturut-turut. Seramai 12 peserta akan merebut gelaran takhta Hero Remaja dan akan membawa pulang hadiah lumayan.

Bertemakan Safari, katanya pertandingan Hero Remaja 2008 anjuran majalah Remaja ini akan berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Matic, Jalan Ampang pada 23 Februari 2008 hari Sabtu jam 2 petang. Hari yang sama juga ada Konsert Hot FM Big Jam 2008 di Dataran Petaling Jaya. Budiey telah pun mendapat jemputan media bagi menghadiri pertandingan ini. Terima kasih Karangkraf atas jemputan.

Yang seronoknya, pencarian Hero Remaja ini akan dihadiri oleh ramai sekali selebriti yang katanya akan buat persembahan seperti Aliff, Equalstar, Lah VE… dan artis lain yang turut memeriahkan suasana iaitu Zaf VE, Ashraf Muslim, Sherry (awek Ashraf Muslim), Wan Huzairil, Ikram Dinzly, Tuah Zulkarnain, Zana hos Suria FM, Anahita, Sharifah Salwa, Ezreen, Rebecca, Fazurena, Irma Hasmie, Wan Hasaida, Scha Dewa Remaja, Zarin, Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari, Ex-hero Remaja seperti Zaween, Add, Yusri, EJ, Amal, Arm, Rizal, Amin, Ezra, Azhar Sulaiman, Esma Daniel, Azlan Nordin, Khusairi, Megat, Zed Zaidi, Faizal Yusof dan Shahrizan.

Acara tahunan itu juga akan diserikan dengan pertunjukan fesyen rekaan pereka fesyen terkemuka Hatta Dolmat, Fifi, Wani dan Faizal yang digayakan oleh finalis.

Juri pada petang itu adalah Kudsia Kahar, Richie Rachman, Dato’ Yusof Haslam, Aleeza Kassim, Norman Hakim dan Rashid Sibir.

Kepada pembaca yang ingin datang, sila rujuk Majalah Remaja untuk mendapatkan tiket dan pass. Kepada yang dah booking tempat dan dah ada tiket tu, sila pastikan anda memakai pakaian bertemakan Safari (travel).. alah, macam orang pakai bila nak pergi melancong laa… atau pakai je lah apa sahaja pakaian yang bercirikan zoo negara, kulit rimau, kulit buaya, bulu-bulu beruang dan apa sajelah…

[tags]Hero Remaja 2008, Ashraf Muslim, Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari, sherry, Zaf VE, Ashraf Muslim, Sherry (awek Ashraf Muslim), Wan Huzairil, Ikram Dinzly, Tuah Zulkarnain, Zana hos Suria FM, Anahita, Sharifah Salwa, Ezreen, Rebecca, Fazurena, Irma Hasmie, Wan Hasaida, Scha Dewa Remaja, Zarin, Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari, Ex-hero Remaja seperti Zaween, Add, Yusri, EJ, Amal, Arm, Rizal, Amin, Ezra, Azhar Sulaiman, Esma Daniel, Azlan Nordin, Khusairi, Megat, Zed Zaidi, Faizal Yusof, Shahrizan, Kudsia Kahar, Richie Rachman, Dato’ Yusof Haslam, Aleeza Kassim, Norman Hakim, Rashid Sibir, hero remaja[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photo Edison Chen and Maggie Q Scandal Hot

Gambar Band Hujan, Jacklyn Perform di Astro Fest 2008