in , , , ,

Gambar Band Hujan, Jacklyn Perform di Astro Fest 2008

Pada tengahari Sabtu lalu, 16 Februari 2008, Budiey dan Azwan telah menghadiri Astro Fest 2008 di Astro All Asia Broadcast Centre, Bukit Jalil. Terima kasih kepada Ajami Hashim, seorang warga Astro yang prihatin dengan kebajikan blogger-blogger picisan seperti Budiey nih yang tak dapat email jemputan dari PR Astro yang tak tahu peranan dan impak dunia blog. Huhu… dah sah-sahlah kan. Nama pun blogger picisan kan… so kena akur lah dengan realiti…. walaupun jumlah pembaca blog Sensasi Selebriti sudah meningkat hingga 20 ribu sehari! Tapi tak pe, Budiey dan Azwan ke sana untuk suka-suka dan berseronok bersama 9 ribu warga kerja dan ahli keluarga Astro.

Wah! Ramainya famili Astro ni kan? Tengok macam orang yang sama je handle jadi krew belakang tabir… asyik-asyik tengok si Dollah Chanteq je yang jadi pengurus pentas.

Memang meriahlah Astro Fest 2008 kali ini. Bak kata pakcik tuh… “Macam-macam ada…” tapi pakcik tu dah lama meninggal dunia. Tapi tagline tuh masih lagi melekat di bibir kita. Sekarang tinggal makcik tuh je yang duk promote Astro kat TV… alah, yang sambut anak cucu dia balik kampung, siap menantu dia menyanyi dalam bilik air dan dia pun jadi juri macam pengkritik AF… “Pitching lari laaa…” Kelakar la jugak iklan Astro tu ek.

Setiap setahun sekali, pekerja Astro akan diraikan dengan program sebegini. Grand sampai terpaksa ditukar dengan grand dinner katanya. Kesian sungguh. Dibuat satu hari je tapi dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang tu banyak sekali acara berlangsung. Makan-makan sana sebut apa, semua ada… percuma lak tu. Cuma nak kena beratur je la. Orang sangat ramai jadi terpaksalah beratur.

Budiey seronok buat refleksologi… huhu sampai 2 round lak tu. Ye lah, percuma la katakan. Tapi satu round cuma dalam tempoh 10 minit je. Tapi kira okaylah, rasa sedap je kaki kena urut sekali sekala.

Kali kedua, urut kaki dengan pakcik ni pulok… huhu, sanggup tunggu sejam lebih tuh nak sampai giliran Budiey…

Si Azwan pulak rela menunggu seribu tahun katanya beratur sampai nak rak untuk menunggu dilakar wajahnya di kaunter Karikatur. Tapi berbaloilah katanya. Siap pelukis tu puji muka Si Azwan yang chubby tuh dikatakan unik dan berkarakter katanya.

Tapi sampai sekarang takde penerbit dan pengarah nak ambik dia jadi pelakon. Unik apa ke benda macam tuh… Tapi ada dulu si Halim Othman nak ajak Azwan jadi Chef untuk program dia kat Astro tapi terpaksa dibatalkan. Huhu….

Lepas tu, tengoklah hasil karikatur tu lukis potret Azwan… tengok sekali macam Imran Ajmain versi chubby…huhu…

Ramai sekali penyanyi yang perform di pentas utama yang mengundang Reza dan Dynaz sebagai pengacara. Budiey sempat tengok perforn Lah VE, Jaclyn Victor, Hujan, kumpulan Pria, Shawal, Danny, Zahid, Hujan, Bob, Atilia, Ivan Foo, Faizal, Mawi, Amylea dan Jinbara.

Paling power tengok bila band indie Hujan buat perform. Memang mantap habis. Budiey suka tengok Hujan ni perform sebab diorang ada stail dan ada karakter yang gila selama dan sempoi. Lagu diorang pun memang sedap macam Bila Aku sudah Tiada, Aku Skandal dan Pagi Yang Gelap. Meletop beb!

Dari kanak-kanak kecik hinggalah yang tua dewasa semua turut bergembira dan enjoy dengan macam-macam program. Untuk kanak-kanak ada zon untuk diorang main macam padang permainan fun fair. Tak lupa budak-budak nih boleh color muka diorang dengan Face Painters dan Crazy Hairstyle, atau buat tattoo tiruan. Yang muda remaja ada gerai-gerai permainan seperti Wheel of Fortune, Basketball Throw, Air Hockey dan macam-macam lagi. Untuk peminat sukan pun ada kawasan untuk diorang lepas geram nak main F1 racing, memanah dan menembak.

Yang bapa dan kaum ibu juga boleh buat urut mengurut di Rileks & Enjoy Zone.

Kepada yang main permainan tuh boleh buat cabutan bertuah di kaunter yang berpeluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuan yang menarik seperti TV, telefon bimbit, hamper dan sebagainya.

Pendek kata, memang yang datang tu kira dapat enjoy dan santai habis….

[tags]astro fest, 2008 astro fest, Lah VE, Jaclyn Victor, Hujan, kumpulan Pria, Shawal, Danny, Zahid, Hujan, Bob, Atilia, Ivan Foo, blog ajami, blog kak red, Faizal, Mawi, Amylea, Jinbara, iklan astro youtube[/tags]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ashraf Muslim, Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari di Hero Remaja Finalis 2008

Dafi AF5 & Diana Danielle di Pasangan Romantis Rafflesia Suria FM