in ,

Artis Malaysia Bergabung Dalam Lagu Tanah Ini Milik Kami

Sekembalinya Hijjaz dari Gaza, Palestin tahun lalu membuat mereka sentiasa berfikir, apakah yang mampu mereka sumbangkan untuk saudara seIslam yang berada di sana. Kagum dengan semangat juang penduduk Islam Palestin menegakkan agama apabila berdepan secara langsung serangan dengan musuh Islam, Zionis Israel membuatkan Hijjaz rasa teramat kerdil di sisi Allah. Kami duduk di negara yang aman damai, menjalani kehidupan dengan selesa sedang saudara kami di sana, bila-bila masa sahaja diserang, ditindas oleh Tentera Israel. Kami malu dengan saudara kami di sana.

Artis Malaysia Bergabung Dalam Lagu Tanah Ini Milik Kami

Oleh yang demikian, Hijjaz bersama MAPIM ( Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ) yang sedang giat dengan aktiviti “Rebuild Gaza for A Nation” bergandingan menjalankan misi Tabung Gaza MAPIM sebagai saluran menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia ke Gaza. Dan Hijjaz dan Mapim sendiri telah menerbitkan sebuah album yang khas didedikasikan untuk saudara di Palestin berjudul KeranaMu Baitul Maqdis yang mana 100% hasil jualannya di salurkan ke Tabung Gaza Mapim.

Hijjaz juga telah mencetuskan idea untuk menggabungkan artis-artis tempatan termasuklah artis nama besar negara di dalam sebuah lagu yang bertajuk Tanah Ini Milik Kami hasil ciptaan Faizal Osman dari Kumpulan Hijjaz sendiri.

Hasrat gabungan tersebut mendapat sambutan yang sangat baik. Hijjaz sendiri terharu di atas sokongan rakan artis membantu usaha ini untuk menambahkan dana Tabung Gaza Mapim tanpa bayaran. Hanya Allah jua yang berhak membalasnya.

Artis yang terlibat adalah Nash, Ramli Sarip, Nazrey Johani, Adik Shahamah (Adik2ku), Sufian (Saujana), Hijjaz, Azahari (Nowseeheart), UNIC, Inteam, Ustaz Amal, Rabbani, Muadz, Mestica, Altimet, Heliza Helmi, Zaf (The Muhibbains), Adib (The Muhibbains), Erwan (The Muhibbains), Salima (AF), Adik Ali’ Din, Taleeb Mizad, Ainan Tasneem, Nabil (Far east) , Hufaz, Safiya dan Firdaus AF.

Bukan hanya artis sahaja yang menjayakan gabungan ini tanpa bayaran malah mereka yang terlibat dalam penghasilan muzik Tanah Ini Milik Kami juga turut menyumbang dengan ikhlas seperti Man Kidal, Along & Ujang Exists, Kelly dan Wan Saleh.

Hijjaz sangat berterima kasih di atas huluran tangan secara terbuka oleh artis-artis dan pemuzik yang terlibat di dalam penghasilan lagu tersebut dengan harapan, lagu ini didengari dan menyampaikan mesej untuk bersama-sama membantu saudara kita di Gaza.

TANAH INI MILIK KAMI

Di tanah ini tersimpan lembaran cerita
Perebutan daerah menindas menghina
Nyawa jadi taruhan tanpa belas kasihan
Anak-anak kecil dibunuh kejam
Berapa banyak lagi ratapan dunia ini
Tertuju hingga kalimahmu terhunjam

Takbirmu bergema tasbihmu bergelora Berkumandang megah di bumi merdeka Gazani Palestin
Pertama AQSA matlamat kami Kedua syahid idaman kami
Ketiga membantu bersama kami Keempat tanah ini milik kami

Mari bersama kita bangun
Membenteras segala kekejaman
Seiring kata menyuara kezaliman
Bersatu kita teguh membahu dan membantu
Dengan nama yang Maha Esa

Mohon ampunkan dosa-dosa mereka Mungkin mereka tidak tahu
Tindak tindas mereka itu salah laku
Ya Rahman suluhkan pencerahan
Sambil saudara ku di sana untuk bertahan Hingga keamanan lahir dari berantakan
Esok kembali cerah lepas gelap semalaman

Senilagu : Abai Os (Hijjaz Records Publishing)
Senikata : Abai Os (Hijjaz Records Publishing)
Senikata Rap : Ahmad Altimet
Artis : Adik Ali’ Din, Heliza, Nazrey Johani, Adik Shahamah (Adik2ku), Ramli Sarip, Sufian (Saujana), Munif (Hijjaz),
Azahari (Nowseeheart), Bazli Hazwan (UNIC), Hazamin (In-team), Ustaz Amal, Zul (Rabbani), Muaz, Razin (Mestica), Zaf (The Muhibbains), Adib (The Muhibbains), Erwan (The Muhibbains), Nash (Lefthanded), Salima (AF),
Taleeb Mizad, Ainan Tasnim, Firdaus (AF), Nabil (Far east) & Altimet
Suara Latar : Hijjaz, Hufaz & Safiya Susunan Muzik : Wan Saleh
Gitar Elektrik Solo : Man Kidal Gitar Elektrik & Akustik : Along Gitar Bass : Kelly
Drum : Ujang
Juruadun : Greg Henderson Mastering : Fauzi Marzuki Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere 22 JUMP STREET

Peraduan Tayangan Premiere Filem INTO THE STORM