in

Apa Yang Menarik Sepanjang Mei di 8TV

Pelopor saluran urban Malaysia ntv7 & 8TV tawar filem menarik sepanjang Mei

Menarik dalam Sunday Movies dan Popcorn Hour

Sebagaimana Mei ini penuh dengan pelbagai sambutan dan cuti umum begitu jugalah kemeriahan yang bakal anda rasakan di Saluran Ceria Anda, ntv7 dan serta saluran hip 8TV menerusi pelbagai tawaran filem blokbuster yang bakal disiarkan.

ntv7 meraikan para ibu menerusi filem-filem yang bakal menarik golongan cinta hati ini menerusi slot Sunday Movie setiap hari Ahad jam 11.00 malam manakala 8TV menawarkan rangkaian filem blokbuster hebat menerusi slot Popcorn Hour setiap hari Rabu jam 10.00 malam.

Slot Sunday Movies setiap hari Ahad jam 11.00 malam di ntv7

Judul: Valentine’s Day
Tarikh siaran: 4 Mei 2014, Ahad, 11.00 malam
Pelakon: Julia Roberts, Jamie Foxx, Anne Hathaway
Filem romantik daripada pengarah hebat ‘Pretty Woman’ ini mengisahkan kehadiran sambutan Hari Kekasih yang bakal menyebabkan beberapa individu hilang punca dan mula berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam mencari pasangan dan hidup berkasih. Berlatar belakangkan kota Los Angeles, saksikan kisah pencarian cinta mereka dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah hubungan masing-masing.

Judul: Dreamgirls
Tarikh siaran: 11 Mei 2014, Ahad, 11.00 malam
Pelakon: Beyonce Knowles, Jamie Foxx, Eddie Murphy
Filem hebat yang berdasarkan pementasan muzikal Broadway ini membawa kisah tiga watak utamanya yang cuba menempatkan diri mereka di dalam industri muzik era 1960an. Kisah penuh impian, cinta, pengorbanan dan cita-cita menampilkan bintang terkenal seperti Beyonce serta pernah merangkul beberapa anugerah.

Judul: Someone Like You
Tarikh siaran:18 Mei 2014, Ahad, 11.00 malam
Pelakon: Ashley Judd, Greg Kinnear, Hugh Jackman
Kisah menarik tentang seorang penulis kolum yang menjadi amat terkenal kerana menulis tentang isu seksis yang menentang golongan lelaki setelah dikecewakan oleh teman lelakinya. Adakah hatinya bakal terbuka lagi untuk menerima jejaka lain di dalam hidupnya?

Judul: Gone Baby Gone
Tarikh siaran: 25 Mei 2014, Ahad, 11.00 malam
Pelakon: Morgan Freeman, Ed Harris, Casey Affleck
Berdasarkan novel Dennis Lehane, Gone Baby Gone mengisahkan dua detektif Boston yang menyiasat misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan. Dia bakal menemui jalan buntu apabila menghadapi konflik dalaman di antara membuat keputusan profesional atau mengikut naluri dan emosi peribadi.

Slot Popcorn Hour setiap hari Rabu jam 10.00 malam di 8TV

Judul: The Golden Compass
Tarikh siaran: 7 Mei 2014, Rabu, 10.00 malam
Pelakon: Nicole Kidman, Sam Elliot, Eva Green
Kisah magis dan penuh pengembaraan ini mengisahkan Lyra Belacqua seorang anak yatim yang tinggal di sebuah dunia yang selari dengan dunia reality. Di dunia Lyra beberapa kanak-kanak hilang di tangan Gobblers dan kini Lyra bersedia untuk membantu mereka.

Judul: Speed Racer
Tarikh siaran: 14 Mei 2014, Rabu, 10.00 malam
Pelakon: Rain, Matthew Fox, Christina Ricci
Kisah penuh kelajuan ini mengenai Speed Racer, pelumba kereta berusia 18 tahun yang meneruskan kerjaya abangnya yang telah meninggal dunia. Namun kerjayanya berhadapan cabaran kerana kesetiaannya kepada keluarga dan syarikat Racer Motors setelah ditawarkan kontrak oleh Royalton Industries.

Judul: Arbitrage
Tarikh siaran:21 Mei 2014, Rabu, 10.00 malam
Pelakon: Richard Gere, Susan Sarandon, Brit Marling
Kisah cinta dan konspirasi bermula apabila usahawan Robert Miller yang terlibat dalam penipuan dan pecah amanah syarikatnya dan terpaksa membuat rancangan untuk menutup kerugian syarikatnya. Krisis bertambah apabila dia terlibat di dalam sebuah kemalangan yang mengorbankan wanita simpanannya. Tersepit, Miller terpaksa meneruskan penipuannya.

Judul: Space Jam
Tarikh siaran: 28 Mei 2014, Rabu, 10.00 malam
Pelakon: Michael Jordan, Charles Barkley, Larry Johnson
Menggabungkan reality dan alam kartun, Space Jam mengisahkan seorang pemain bola keranjang yang kecewa dengan prestasi kerjayanya dan kini memasuki dunia Looney Tunes. Menggunakan kemahirannya, dia kini mengetuai sebuah pasukan bola keranjang dengan pemain seperti Bugs Bunny dan Daffy Duck. Ikuti kisah fiksyen menarik ini di 8TV.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Sesuatu Yang Tak Mungkin ZiaBella

Annual Le French May Festival Hong Kong