in ,

Apa Komen Sakinah Bila Menjadi Isteri Kedua Ashraf Muslim

Masih kecoh dengan pelakon Ashraf Muslim yang telah mengejutkan ramai pihak apabila mengaku di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala bahawa dia telah pun mengahwini kekasihnya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada 7 Julai lalu.

Budiey perhatikan senario isu ini bertambah teruk bila ada peminat yang memberi komen dan timbul pula sebuah puisi yang dikatakan ditulis oleh Dayana. Walhal, puisi tu, bukannya Dayana yang tulis pun. Aduyai. Apa nak jadilah dengan blog-blog sekarang. Pakai hentam je. Asal boleh!

Okaylah, kita tinggalkan dulu puisi sajak gurindan jiwa yang kononnya ditulis oleh Dayana, sekarang, pasti ramai yang nak tahu komen dari isteri kedua Ashraf Muslim Haha, sah-sahlah Sakinah tak nak bagi apa-apa komen. Ko giler nak suruh dia bagi komen. Mahu meletop dunia ni karang!

sakinah isteri ashraf muslim
Cantik betul isteri kedua Ashraf Muslim ni. Dari jauh nampak macam Tiz Zaqyah pun ada, kan?

Yang pasti, Sakinah tak nak komen, haaaa ni haa, bapa mertua Ashraf dah komen dan komennya tu dah cukup membuatkan peminat kecoh. Kecewa dan kesal dengan tindakan Ashraf Muslim. Budiey hanya bersimpati dengan Dayana je. Kesian gak budak tu.

Berita Harian cuba menghubungi Sakinah yang juga merupakan bekas kru produksi sebuah stesen televisyen swasta untuk mendapatkan ulasan lanjut mengenai perkara ini. Namun, isteri kedua Ashraf itu hanya mampu memohon maaf serta tidak dapat mengulas lanjut mengenai kontroversi perkahwinannya secara senyap-senyap dengan Ashraf di Bangkok.

Sakinah ketika itu memaklumkan yang dia kini sedang bermesyuarat di sebuah lokasi dan berulang kali memohon maaf kerana tidak dapat memberi sebarang komen walaupun diajukan dengan pelbagai soalan dari pihak Berita Harian.

Jawapan yang sama diberikan oleh Sakinah tentang persoalan mengapa dia tidak menemani suaminya ke mahkamah sedangkan mereka telah pun mempunyai ikatan yang sah.

Ashraf Muslim ketika ini dikatakan telah membuka gerai di sebuah bazaar Ramadan di ibu kota dan laporan memetik khabarnya Ashraf ada membawa isteri pertama Noor Dayana dan Sakinah ke tapak perniagaan beliau yang dibuka di bazaar Ramadan namun secara berasingan dan pada waktu berlainan. Wah, baguslah tu, korang berdamai-damai la ya. Takde apa lah sangat bermadu ini. Orang zaman sekarang takde macam orang zaman dulu. Jangan jadi macam dalam drama Ramadan Yang Hilang pulak ya?

Ketika ini, Sakinah dilihat lebih banyak berada di bazaar tersebut menguruskan perniagaan minyak yang telah beroperasi sejak Awal Ramadan lalu.

Okaylah, Budiey rasa segala apa yang berlaku dalam dunia ini bersebab. Ada hikmah di sebalik kejadian Allah ini. Maka, cermin-cerminkanlah diri kita semua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pre-Sale Ticket For Running Man Fanmeet In Malaysia

Peraduan Safi Aidilfitri Sensasi Selebriti