in

Pre-Sale Ticket For Running Man Fanmeet In Malaysia

Oh yeah, pejam celik-pejam celik, kita dah sampai ke masa yang ditunggu. Tiket RACE START! RUNNING MAN FANMEETI IN MALAYSIA akan dilancarkan untuk jualan kepada anda semua pada Sabtu ini, 20 Julai 2013, bermula 11:00-5:00. Haaa, sape nak beli angkat tangan semua!

Acara ini berlangsung di Tingkat 15, Star Stage, KWC Fashion Mall atau Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur, Malaysia.

[dropcap]B[/dropcap]udiey mendapat berita, satu acara pelancaran tiket khas telah diatur oleh penganjur untuk memeriahkan lagi suasana penjualan julong-julong kali lawatan Runningman di Malaysia. Budiey juga mendapat tahu, hanya tiket Premium & VIP akan disediakan pada majlis pelancaran. Untuk info anda, tiket Premium & VIP dijual dengan harga RM469.

Tempahan dalam talian hanya akan didapati melalui TicketCharge pada 21 Julai 2013.

Jadi, korang nak tak tiket ni?

Runningman showcase malaysia

Atas nama Race Start! Running Man Fanmeet in Malaysia, inilah masanya peminat mendapat peluang keemasan yang sekali sekala datang untuk mendapatkan Hi5 & Autograph {bagi fans yang membeli Premium Ticket sahaja}. Anda boleh melihat dengan mata anda sendiri empat figura popular iaitu Kim Jong Kook, HaHa, Gary dan Jae Suk Jin di depan mata. Wow! Walaupun hanya ada 4 orang selebriti, tapi Budiey tetap akan ke sana. Boleh buat #LiveUpdate dan siarkan di Instagram. Jadi, jangan lupa follow Instagram Budiey, orait?

Budiey dikhabarkan oleh penganjur, tiket-tiket untuk acara berkenaan hanya sebanyak 3,500 keping sahaja akan dijual. Namun difahamkan sekiranya mendapatkan sambutan menggalakkan, pihak penganjur, Big Pocket, bersedia untuk mengeluarkan lagi tiket-tiket.

Ticket & seating runningman

Running Man merupakan program realiti berkonsepkan gameshow urban-komedi yang disiarkan di saluran SBS sejak Julai 2010. Setiap episod akan menampilkan tetamu jemputan terdiri daripada selebriti popular, jaguh sukan mahupun individu berpengaruh di korea juga antarabangsa untuk bersaing dengan pasukan Running Man. Kedua-kedua kumpulan akan berdepan dengan pelbagai cabaran luar jangkaan, getir serta melucukan dan sesiapa yang dapat memenuhi misi, mereka di kira sebagai pemenang.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.bigpocketgroup.com atau facebook: www.facebook.com/Bigpocketgroup88.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Program TV9 Raya Puasa Aidilfitri Tahun 2013

Apa Komen Sakinah Bila Menjadi Isteri Kedua Ashraf Muslim