in , ,

Apa Itu Metaverse, Sebuah Dunia Baharu Ciptaan Mark Zuckerberg

Pada 29 Oktober lalu, CEO Facebook Mark Zuckerberg telah mengumumkan syarikat sosial media terbesar dunia itu akan menggunakan nama baru iaitu Meta. Pasti ramai yang pelik kenapa nama syarikat gergasi ini ditukar. Ini penerangan yang anda perlu tahu.

Secara ringkasnya, Horizon Home ibaratkan seperti rumah kediaman kita dalam dunia ini. Apabila mula memakai Oculus Quest 2 Headset, benda ini yang akan mula muncul di depan mata.

Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah Dunia Baharu Ciptaan Mark Zuckerberg

Menurut Zuckerberg, mereka bakal memperkenalkan satu media sosial khusus untuknya dimana anda boleh menjemput rakan-rakan ke rumah kediaman tersebut untuk bersosial, menonton video mahupun membuka aplikasi lain bersama-sama. 

Buat masa sekarang, beberapa pilihan sudah diberikan. Akan tetapi pada masa hadapan, anda boleh membina rumah itu sendiri.

Seterusnya, HorizonWorlds. Di sini, pengguna Oculus boleh mempamerkan bakat kreativiti yang terpendam. Mungkin ala-ala permainan Minecraft. Dengan ini, anda boleh cuba membangunkan satu ruang baru, mencipta acara, sambutan Hari Lahir dan sebagainya.

Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah Dunia Baharu Ciptaan Mark Zuckerberg

Akhir sekali, HorizonWorkrooms. Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, manusia mula mencuba untuk bertukar cara bekerja, iaitu dari rumah.

Jikalau kita berasakan bermesyuarat menerusi aplikasi Zoom atau Google Meet membosankan, Workrooms ini lain daripada lain.

Pengguna dapat menggunakan satu ruang khusus untuk tujuan tersebut. Ini umpama satu pekerjaan hibrid. “Game Changer” kata Zuckerberg. Sama ada mesyuarat tersebut dilakukan secara fizikal, hologram atau pun boleh dibawa ke dunia meta. Namun, ini hanyalah secebis konsep Workrooms yang diperlihatkan.

Selain “Horizon”, mereka juga akan memperkenalkan produk VR baharu yang dipanggil ProjectCambria. Avatar yang dicipta pengguna turut memaparkan reaksi muka mereka dalam masa nyata.

Projek ini cuba menggabungkan dunia maya dan sebenar. Ia turut menawarkan kamera beresolusi tinggi dengan warna penuh secara terus ke headset tersebut. Ini ibarat ura-ura yang mana Apple juga berminat dalam membangunkan headset seperti itu.

Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah Dunia Baharu Ciptaan Mark Zuckerberg

Pada masa yang sama, Mark Zuckerberg turut mengumumkan ProjectNazare. Beliau berkata mereka akan membangunkan satu kaca mata realiti terimbuh (AR) yang akan dimuatkan dengan paparan hologram, bateri, projektor, kamera, cip pemproses serta sensor peta dalam bentuk kompak.

Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah Dunia Baharu Ciptaan Mark Zuckerberg

Secara keseluruhan, Metaverse ini walaupun masih lagi terlalu awal untuk kita bayangkan tetapi ia adalah bayangan masa hadapan. Zuckerberg dalam pembentangannya berkata ia bakal mengubah cara kita berinteraksi antara satu sama lain nanti dimana bakal menggantikan telefon pintar.

Mungkin satu masa nanti apabila dunia maya ini berkembang, manusia akan menghabiskan masa di dalam dunia tersebut. Mungkin juga satu hari nanti masyarakat dapat melakukan jual beli, bekerja, membeli hartanah di dalam metaverse.

Perkara ini tidak mustahil untuk dilakukan memandangkan Meta merupakan syarikat yang amat besar dan mempunyai dana yang sangat banyak dalam membangunkannya.

Namun begitu, adakah anda sudah bersedia menghadapinya? Rekod Facebook sebelum ini tidak berapa baik terutama isu privasi dan data pengguna. Walau apa pun, selamat datang ke era lebih moden umpama filem sains fiksyen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penggambaran AQUAMAN AND THE LOST KINGDOM Tertangguh, Jason Momoa Positif COVID-19

Gandingan Ain Edruce & Kamal Adli Dalam LAGU CINTA KITA Musim Ketiga