in , ,

Kabel Dasar Laut Baharu Facebook, Tiada Malaysia Tapi Negara Jiran Ada

Facebook baru-baru ini dalam kenyataan telah mengumumkan sistem kabel dasar laut sepanjang 12000 km yang menghubungkan Guam, Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Jika anda tertanya mana negara kita, ya, Malaysia tidak tersenarai dalam rangkaian tersebut. Menurut laporan, Malaysia terlepas dalam projek tersebut disebabkan pengecualian polisi kabotaj yang dilakukan oleh bekas Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Wee Ka Siong pada tahun lalu.

Kabel Dasar Laut Baharu Facebook, Tiada Malaysia Tapi Negara Jiran Ada

Buat makluman, polisi tersebut bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara tetapi juga menyebabkan proses baik pulih kabel dasar laut yang rosak mengambil masa lebih lama. Bahkan, menjejaskan kestabilan internet di Malaysia.

Mengimbas kembali, Facebook dengan kerjasama Google ingin membangunkan sistem kabel dasar laut yang dijangka siap pada tahun 2024 dimana ia adalah untuk memenuhi permintaan data yang meningkat di rantau ini.

Kabel Dasar Laut Baharu Facebook, Tiada Malaysia Tapi Negara Jiran Ada

Dengan rangkaian internet negara kita boleh dikatakan agak menyedihkan, lebih memilukan apabila Malaysia terlepas peluang untuk terlibat bersama syarikat gergasi dunia Facebook dan Google.

Tambahan lagi, masalah politik negara yang juga bercelaru, mungkin kita hanya mampu menggigit jari apabila negara jiran seperti Indonesia akan menikmati jaringan lebih baik pada masa hadapan.

Sumber: The Vibes

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Masalah Kulit Kini Dapat Diatasi dengan Mengambil Produk CRYSTAL SKIN

Isteri Say Shazril Selamat Melahirkan Bayi Lelaki