in ,

Penggambaran AQUAMAN AND THE LOST KINGDOM Tertangguh, Jason Momoa Positif COVID-19

Penggambaran filem Aquaman and the Lost Kingdom nampaknya tertangguh selepas bintang utamanya, Jason Momoa disahkan positif COVID-19, lapor The Sun.

Jangkitan Covid 19 berlaku semasa Jason Momoa sedang menjalani penggambaran adegan untuk sekuel DC Comics di Hertfordshire, England, dan Warner Bros. dikatakan berharap bahawa mereka dapat menghentikan sebarang wabak selanjutnya.

“Jason baik-baik saja dan kini mengasingkan diri selepas mendapat ujian positif,”

“Tetapi yang memeningkan kepala ketua filem, adalah mereka bimbang tentang terpaksa menangguhkan jadual penggambaran yang padat.

Sudah tentu keselamatan semua orang yang bekerja adalah pekara yang paling penting, dan semua orang menjalani ujian secara berkala. Mereka berharap ini adalah sekali sahaja, dan boleh bekerja dengan Jason dan meneruskan penggambara,”

“Semua orang mendoakan dia cepat sembuh dan mereka tidak sabar untuk membawanya kembali ke set.”

– Sumber

Ini bukan kali pertama produksi filem Hollywood terpaksa menangguhkan penggambaran di Britain. Sebelum ini, penggambaran filem The Batman arahan Matt Reeves turut ditangguh beberapa kali berikutkan penularan wabak di set penggambaran.

Pelakon Robert Pattinson antara salah seorang individu yang dijangkiti virus COVID-19 semasa menjalani penggambaran. 

Aquaman and The Lost Kingdom dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama Arthur Curry / Aquaman, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Patrick Wilson, Randall Park, Dolph Lundgren, Temuera Morrison dan Pilou Asbæk. James Wakembali sebagai pengarah, manakala lakon layar akan ditulis oleh duo dari filem pertama, David Leslie dan Johnson-McGoldrick.

Filem terbaru DC Comics ini akan ditayangkan pada 16 Disember 2022. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tuju

Tuju Kini Hadir Dengan Single Solo Berjudul KHAYALAN

Facebook

Apa Itu Metaverse, Sebuah Dunia Baharu Ciptaan Mark Zuckerberg