in , ,

TikTok Mengatasi Facebook Sebagai Aplikasi Yang Paling Popular Dimuat-Turun

TikTok, yang dimiliki oleh syarikat ByteDance yang berpangkalan di China, dipercayai mempunyai satu bilion pengguna di seluruh dunia termasuk lebih 100 juta di Amerika Syarikat dan video format pendeknya sangat popular dalam kalangan pengguna muda telefon bijak.

TikTok, seperti semua sedia maklum, merupakan salah satu aplikasi popular yang digunakan ramai di seluruh dunia, malah angka muat-turunnya telah melangkaui angka 3 bilion baru-baru ini – menjadikannya satu-satunya aplikasi bukan milik Facebook yang melangkaui angka berkenaan.

TikTok adalah aplikasi paling banyak dimuat turun di dunia tahun lalu, mengatasi Facebook dan wadah-wadah penghantaran mesejnya.

Demikian dedah pengesan pasaran App Annie pada Selasa (10 Ogos).

Aplikasi video milik China itu bertambah popular meskipun terdapat usaha oleh bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk melarangnya atau menjualnya secara paksa kepada para pelabur yang berpangkalan di Amerika Syarikat, menurut firma penyelidikan tersebut.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Jun membatalkan perintah eksekutif daripada Encik Trump yang cuba melarang TikTok dan WeChat milik China daripada pasaran AS atas sebab-sebab keselamatan negara, namun memerintahkan agar semakan dijalankan ke atas potensi risiko khidmat-khidmat internet milik negara asing.

Sedang perdebatan politik mengenai wadah perkongsian video singkat itu memuncak, TikTok memanjat carta daripada kedudukan keempat aplikasi paling banyak dimuat turun pada 2019 kepada tangga teratas tahun lalu, menurut data App Annie.

Tik Tok sekali gus mendahului Facebook dan dua aplikasi pengiriman mesej milik gergasi internet Amerika Syarikat itu – iaitu Messenger dan WhatsApp, tambah pengesan pasaran itu App Annie.

Terbaru, laporan Nikkei turut hadir mengatakan mengikut tinjauan yang dilakukan untuk muat-turun pada 2020 lepas, TikTok kini dilihat aplikasi yang paling popular dimuat-turun semua, dan bukannya Facebook.

Pelbagai perkhidmatan sosial sendiri dilihat tercabar dengan penawaran TikTok sendiri, dan telah mula menambah ciri-ciri yang lebih kurang dalam bersaing dan mengekalkan pengguna.

Mengikut beberapa data-data terbaru, ia dilihat pehgguna menghabiskan masa lebih lama di TikTok berbanding beberapa platform lain. Malah, TikTok sendiri bereksperimen dan menambah sejumlah ciri baharu, termasuk TikTok Stories baru-baru ini.

Populariti TikTok mendorong Instagram, yang juga dimiliki Facebook, untuk menambahkan ciri-ciri video untuk memanfaatkan trend yang sedang hangat itu.

Sementara itu TikTok pada bulan lalu mula membolehkan pengguna menyiarkan video sepanjang hingga tiga minit, tiga kali ganda lebih panjang berbanding had sebelum ini untuk terus mendahului pesaingnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MonoloQue, Orkes Gamelan Pahang DiRaja & Kimal Bergabung Hasilkan LEGENDA

Airbnb Meraikan Dunia Bollywood dengan Bollywood Insiders