in

Anita Baharum di Ramadan Screening Astro 2010

Ramadan semakin dekat. Stesen TV dah buat Ramadan Screening untuk media. Banyak sekali program menarik disusun sepanjang Ramadan. Terbaru, Budiey ada menghadiri Ramadan Screening Astro 2010 pada 21 Julai lalu di De Saji Villa, Felda, Jalan Semarak.

Seperti tahun lalu, Astro menjanjikan program terbaik tanpa henti sepanjang hari bermula dari waktu sahur pada bulan Ramadan.

Antara drama yang akan menemui penonton ialah Qaleesya, Geng Surau dan Merisik khabar.

Di screening ini, Budiey ada bertemu dengan seorang pelakon yang bergelar isteri dengan bertudung. Selain Beto Khusyairi, Intan Nor Saina, Mat Over, Rosnah Mat Aris, drama Geng Surau turut menampilkan Anita Baharum.

Selain sibuk dengan keluarga, Anita juga mungkin akan berlatih menyanyi dan menari untuk drama Kau dan Aku musim kedua.

Manisnya Anita Baharum bertudung, kan?

4819212095 32A5D64433 B | 4

4819833536 Cf52D02Ce3 B | 5

4819832912 Cbff11Df48 B | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Krisdayanti Cium Raul Lemos

Gambar Mia Sara di Lokasi Filem Nur Kasih The Movie