in ,

Gambar Mia Sara di Lokasi Filem Nur Kasih The Movie

Umum dah tahu pelakon kanak-kanak yang comel, Mia Sara Nasuha berlakon dalam filem Nur Kasih The Movie. Ramai juga yang tertanya-tanya watak yang dipegang oleh Mia Sara. Selain Mia Sara, seorang lagi pelakon kanak-kanak ditampilkan dalam filem ini. Agak-agak, anak kepada siapa ya? Korang cuba teka ya.

Jawapannya, menurut pengarah Kabir Ilyas dan Mia Sara adalah anak kepada Aidil dan Alia.

Pada siang tadi, Budiey sempat mengunjungi tapak lokasi pengambaran filem Nur Kasih The Movie di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Selangor. Di sana, Budiey dapat bertemu dengan para pelakon filem arahan Khabir Bhatia ini, antaranya penggerak utama Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan juga Mia Sara atau dikenali juga dengan watak Amani dalam drama Adamaya.

Scene untuk Mia Sara boleh dikatakan banyak juga untuk filem ini iaitu 24 scenes. Tapi Mia Sara dikatakan agak senang untuk membawa wataknya, tak banyak kerenah walaupun suka menokok tambah skrip. Senang je nak arah Mia ni, bila bapanya kata ‘senyum’ dia terus menguntum senyumannya.

Jam 12.40 tengahari, Budiey sampai di sebuah rumah kampung di tengah sawah padi yang mana rumah yang sama untuk drama siri Nur Kasih. Sesampai sahaja, Budiey sempat melihat sendiri satu scene yang agak pendek di mana Remy Ishak menaiki tangga rumah. Tapi punyalah susah sebab kena ulang beberapa kali sehingga pengarah Khabir Bhatia betul-betul puas hati. Dan yang nakalnya bila si Mia Sara ni mencuba bakat terpendamnya untuk menjadi pengarah pulak. Siap laung ‘Action… Cut!”

Tengok video ni:

Bertemu secara LIVE buat kali pertama, terdetik di hati, comel betul Mia Sara ni. Mungkin kerana bakat dan rupanya itu, Mia Sarah kini mempunyai peminatnya sendiri. Bukti jelas apabila Facebook Fanpage miliknya sudah mengutip seramai 180,000 orang. Sekarang ini, ramai yang berebut mengambil Mia untuk berlakon iklan dan drama.

Budiey sempat juga berbual dengan bapa Mia Sara. Beliau mengatakan sekarang ini, beliau tak tahu macamana dia tak dapat lagi menjadi admin untuk Fanpage itu sebab kena block. Budiey pun tak pasti sebab balik rumah Budiey terus jadi peminat di Fanpage Mia Sara.

Masa lunch, Mia tak makan nasi ya. Cuma minum segelas milo sahaja. Nak jadi pelakon kenalah jaga berat badan, betul tak Mia. Jangan pulak jadi bertambah comel nanti.

Wah, kecil-kecil lagi dah ada pembantu peribadi ya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anita Baharum di Ramadan Screening Astro 2010

Gambar Ilyas Suhaimi Anak Fizz Fairuz Nur Kasih The Movie