in ,

Amelina Akhirnya Buat Pengakuan di GEGAR VAGANZA

Akhirnya, Amelina buat pengakuan di depan media yang dia tak tahu tentang muzik dan menyanyi ikut suka hati. Tapi bila nyanyi, muka mulut je, bunyi sedap dan Tok Ram kata nyanyian Amelina sangat perfect sehingga sukar untuk mencari kesilapan.

Sejurus selesai sahaja Konsert Gegar Vaganza 5 Minggu Ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, malam Ahad lalu, ramai media bertanyakan tentang keadaan sebenar penyanyi dangdut Amelina yang dikatakan sakit tapi masih lagi dapat membawakan lagu dengan baik.

Amelina Akhirnya Buat Pengakuan di GEGAR VAGANZA

Bercakap kepada media, Amelina memberitahu masalah kesihatan yang dihadapinya pada konsert ketiga Gegar Vaganza 5 (GV5) malam Ahad berpunca daripada tekanan yang dihadapinya.

Amelina yang pertama kali menyertai program pertandingan mengakui terlalu memikirkan tentang harapan orang sekelilingnya.

“Saya mengalami masalah kesihatan dan hilang suara secara tiba-tiba semalam. Mungkin disebabkan saya terlalu memaksa diri saya.

“Saya akui tertekan dengan pertandingan ini terutama memikirkan orang sekeliling iaitu anak-anak, keluarga dan pengurusan yang yakin saya mampu melakukannya.

“Saya sudah biasa menyanyi konsert 14 lagu tapi tekanan pertandingan sangat berbeza, satu lagu saya rasa tekanan seperti bawa 30 lagu, macam-macam nak kena fikir,”

Segalanya Pasti Yang Sukses

Bagaimanapun, dia yang membawakan lagu Segalanya Pasti nyanyian asal Aida Agil mendapat markah tertinggi dan layak ke peringkat seterusnya.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan berkata dia juga menggigil sepanjang persembahan tersebut dan hampir pengsan.

Namun Amelina bersyukur kerana dapat memberikan yang terbaik.

“Tiga minggu yang sangat menyukarkan bagi saya apabila terpaksa mengeluarkan watak lain dalam diri saya.

“Saya terlalu letih dan mujur minggu depan lebih santai dan menyanyi lagu duet bersama rakan artis,”

Pada konsert minggu ketiga, kumpulan Elite yang menyanyikan lagu Ku Bahagia diumum tersingkir apabila mendapat markah terendah.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Farah Nabilah

Lepas Menang ABP, Farah Nabilah Tak Mahu Letak Harga Mahal

Syafiq Farhain Mahu Menyambung Perjuangan Saleem