in ,

Syafiq Farhain Mahu Menyambung Perjuangan Saleem

Ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Bakat nyanyian yang menjadi darah daging kepada Syafiq sebenarnya diperturunkan oleh bapanya secara tak langsung. Suara yang husky dan lunak gemersik masih dapat diperdengarkan walaupun Saleem sudah tiada, namun Syafiq lah yang akan meneruskan legasi bapanya.

Menyorot semula di tahun 2017 di mana anak kepada penyanyi Saleem Iklim, Syafiq Farhain telah menafikan pernah menuduh bapanya dengan perkara tidak baik dan tidak mengaku Saleem sebagai bapanya seperti mana yang digembar-gemburkan. Segalanya sudah pun berlalu dan menurut Syafiq kisah lama biar menjadi kenangan dan pengajaran.

Saleem

Syafiq seorang yang merendah diri dan tidak mahu orang memandang tinggi apabila mengetahui dia anak kepada penyanyi terkenal. Syafiq juga enggan mengambil pusing selagi bapanya belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Semasa ditemubual media, Syafiq kini mahu meneruskan legasi ayahnya. Beliau mahu memperjuangkan seni nyanyian. Bakat yang diperturunkan kepadanya tak nak dipersiakan.

Syafiq Saleem

“Saya minat menyanyi memang bermula daripada arwah ayah kerana suka dengar lagu-lagu nyanyiannya.

“Malah, saya belajar menyanyi pun dengan mendengar lagunya. Jadi setiap ilmu dan gaya persembahan memang berdasarkan daripada cara nyanyian arwah. Jadi saya perlu teruskan legasi arwah.”

Segala lagu-lagu peninggalan Saleem menjadi azimat untuk terus mengorak langkah memajukan dirinya dalam industri seni.

Allahyarham Saleem pernah berpesan kepada Syafiq:

“Baguslah, kau bawa lagu aku. Kau boleh bagi orang dengar semula lagu yang aku nyanyi dulu,”

Menurut Syafiq, arwah bapanya gembira apabila dia menyanyikan seleksi lagu popular beliau dalam setiap persembahannya.

“Sebelum bergelar artis lagi saya memang suka menyanyikan lagu arwah dalam setiap persembahan.

“Insya-Allah saya akan terus bawakan lagu arwah, namun bergantung kepada permintaan.”

Saleem atau nama sebenarnya A.M Salim Abdul Majeed telah meninggal dunia di usia 56 tahun pada jam 6.15 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Allahyarham meninggalkan lima cahaya mata hasil perkahwinan pertama iaitu Nurluqman Hakim, 30; Nurul Hidayah, 28; Nurfahmie Jufrie, 26; Nur Syafiq Farhain, 24; dan NurulAzwanie Shuhada, 18; serta Mohd Amirul Mukmin, 15, hasil perkahwinan bersama Julia Bachok.

Al-Fatihah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amelina Akhirnya Buat Pengakuan di GEGAR VAGANZA

Penyanyi Michael Buble Umum Bersara