in , ,

Aliff Syukri Yakin Ramai Tak Sabar Dengar Lagu Duet Bersama Caprice

Usahawan sensasi, Aliff Syukri menyambut baik hasrat penyanyi rap, Caprice untuk berduet sekali gus menghasilkan satu single terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, usahawan berusia 35 tahun itu memuat naik video memaparkan mereka sibuk melakukan perbincangan ketika berada di sebuah studio rakaman, seperti dinukil daripada ohmymedia.

Aliff berkata, beliau yakin orang ramai teruja menanti untuk mendengar lagu dipercayai berkonsepkan semangat kenegaraan itu apatah lagi pernah mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu di Malaysia.

“Komen jujur ‘please’ suara saya merdukan…pasti ramai yang tak sabar nak dengar suara penyanyi nombor satu beraksi,”

– ALIFF SYUKRI

Sementara itu, beliau turut berkongsi beberapa video InstaStory memperlihatkan di sebalik tabir pembikinan muzik video (MV) bagi lagu berkenaan.

Menerusi Instagram Story Aliff, muzik video (MV) single tersebut mengambil konsep kenegaraan.

Dalam pada itu, di ruangan komen pula, ramai pengikut Alif meluahkan rasa kagum dengan prestasi vokalnya yang semakin baik sekaligus tidak sabar untuk mendengar lagu nyanyiannya.

“Teruskan datuk, suara datuk memang the best.

“Terbaik! Mantap penyanyi nombor satu Malaysia. Semoga terus sukses!Kuat semangat tanpa erti putus asa.

“Kali ini okay sikit tona suara Datuk. Teruskan Datuk.

“Sedap pula suara Datuk kali ini,” tulis netizen.

Terdahulu, Caprice atau Ariz Ramli tidak kisah jika Aliff mahu berkerjasama dengannya tetapi dengan syarat tiada aksi yang keterlaluan atau ‘menyotong’.

Sebelum ini, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memuji fenomena lagu Swipe nyanyian Alyph duet bersama usahawan kosmetik, Seri Vida sehingga menjadi siualan ramai di media sosial.

Walau bagaimanapun, beliau meletakkan syarat tiada adegan membabitkan aksi ‘menyotong’ sekiranya Aliff ingin berkolaborasi dengannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cakra Khan | 17

Cakra Khan Tak Patah Semangat Berdepan Dengan Ujian Paling Getir

Adira Suhaimi | 18

Adira Suhaimi Ikat Peranakan Selepas Empat Kali Bersalin Secara Czer