in , ,

Cakra Khan Tak Patah Semangat Berdepan Dengan Ujian Paling Getir

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan memaklumkan pernah berdepan ujian paling besar dalam hidupnya sehingga membuatkan dia merasa melalui titik terendah dalam kehidupan semasa negara dilanda pandemik Covid-19.

Menurutnya, dia melalui detik paling sedih dalam hidup apabila ayahnya meninggal dunia pada 21 Ogos 2020 selain kehilangan kawan baik dalam masa yang sama.

Cakra, 30, berkata, dia bagaimanapun sempat menjaga ayahnya yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat sakit angin ahmar.

“Banyak hal yang terjadi pada waktu itu sehingga sukar diungkapkan. Saya memang ada di hospital menemani ayah sewaktu dia sedang sakit.

“Namun suatu hari saya mahu memenuhi jemputan nyanyian dan tiba-tiba diberitahu keadaan kesihatan ayah tiba-tiba merosot.

Saya tidak berfikir panjang ambil keputusan batalkan show dan patah balik ke hospital. Sebaik sampai di situ, ayah sudah meninggal dunia dan perasaan saya ketika itu sangat berkecamuk,”

– Cakra Khan

Cakra Khan berkata demikian pada sidang media Konsert A Decade: Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2023 di Shook! di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Apa yang berlaku bagaimanapun tidak membuatkan dia mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang hiburan yang diminatinya sejak kecil.

“Apapun saya kini meletakkan kerjaya seni pada tangga kedua dan melebihkan tumpuan pada ibu. Saya memilih untuk kembali ke pangkuan keluarga dan mengubah keadaan agar lebih baik,”

– Cakra Khan

Dia kini seboleh mungkin mengutamakan keluarga. Malah sesibuk macam mana pun, dia akan tetap meluangkan masa dengan keluarga terutama dengan ibunya.

Penyanyi lagu Kekasih Bayangan ini akan mengadakan konsert sulungnya anjuran Seven Skies Motion di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 20 Januari depan.

“Banyak benda yang saya menyesal sebab ayah yang banyak memberi sumbangan dalam setiap karya saya. Dia yang mendorong saya untuk menjadi seorang penyanyi. Jadi, di konsert nanti akan ada tribute untuk ayah,”

– Cakra Khan

Cakra akan membuat satu segmen istimewa tribute untuk arwah ayahnya yang menjadi tunjang utama dalam karier seni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raisa

Raisa Mohom Jangan Marah Nabil, Guna Bahasa Inggeris Sebab Takut Salah Bual

Aliff Syukri | 15

Aliff Syukri Yakin Ramai Tak Sabar Dengar Lagu Duet Bersama Caprice