in ,

Aliff Syukri Dikecam Tak Pakai Pelitup Muka Dengan Betul

Sebelum ini dilihat senyap seketika daripada kontroversi, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian apabila turut berkunjuk ke Langkawi semalam.

Namun, perkongsian Aliff itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menegur cara pemakaian pelitup muka usahawan itu yang dilihat hanya memakai dibahagian dagu.

Menerusi video dikongsikan itu juga, kebanyakan masa Aliff membuka sedikit pelitup muka yang dipakai sehingga menampakkan hampir seluruh wajahnya.

Sedar ramai memperkatakan mengenai perkara itu, Aliff memberi penjelasan menerusi kapsyenmengatakan dia membuka pelitup muka hanya ketika hendak bercakap supaya suaranya lebih jelas dalam video.

“Pelitup muka saya pakai betul cuma ketika saya buat vlog kurang dengar suara jadi saya buka kejap dan saya tutup balik,”

– Aliff Syukri

Semalam, Aliff bersama isterinya serta kru tiba di Langkawi atas urusan kerja bagi mempromosikan salah satu tempat penginapan di sana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple iOS 15 Ditawarkan Bermula 20 September, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Caprice Dedah Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh, Terpaksa Dikawal Ketat