in , ,

Apple iOS 15 Ditawarkan Bermula 20 September, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Apple iOS 15 Akan Ditawarkan Bermula 20 September – Ini Senarai iPhone Yang Menyokongnya

Apple hari ini telah memperkenalkan iPhone 13 yang terbaru, yang mana bakal hadir dilengkapi sistem operasi terbaru iOS 15. Selari dengannya, Apple turut mengumumkan pengenalan iOS 15 bermula 20 September 2021 untuk semua pengguna iPhone sedia ada.

Apple iOS 15 menawarkan kemaskini kepada FaceTime yang membolehkan anda menjana pautan dan berkongsi dengan pengguna peranti lain untuk menyertai panggilan FaceTime, ciri Focus Mode untuk produktiviti lebih baik, notifikasi yang ditambah-baik, kemaskini untuk pelayar web Safari, lebih kawalan privasi, dan sejumlah perubahan baharu yang lain.

Apple akan menawarkan kemaskini iOS 15 ini secara percuma kepada pengguna sejumlah iPhone sedia ada. Berikut merupakan senarai peranti yang akan menerima kemaskini berkenaan:

  • iPhone 13
  • iPhone 13 mini
  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max
  • iPhone 12
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone Xs
  • iPhone Xs Max
  • iPhone Xr
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone SE (1st generation)
  • iPhone SE (2nd generation)
  • iPod touch (7th generation)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tim Cook Apple | 23

Apple Lancar iPhone 13, iPhone 13 Mini, iPhone 13 Pro & iPhone 13 Pro Max, Netizen Kecewa

Aliff Syukri | 24

Aliff Syukri Dikecam Tak Pakai Pelitup Muka Dengan Betul