in ,

Caprice Dedah Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh, Terpaksa Dikawal Ketat

Caprice mendedahkan telah menerima lebih 60 kes ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenalinya melalui Instagram miliknya. Ini membuatkan dia terpaksa diletakkan di bawah kawalan keselamatan yang cukup ketat.

Kontroversi yang sering melanda Caprice membuatkan ramai pihak yang menyimpan perasaan tidak berpuas hati terhadap dirinya. Terbaharu, Caprice mendedahkan bahawa dirinya menerima lebih daripada 60 ancaman bunuh dalam masa dua bulan kebelakangan ini.Wow! Banyaknya tu!

“Settle with the law, or settle in the ring. I’m ok. But don’t leave threats and expect me to keep my mouth shut,”

– Caprice

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, dia berada dalam kawalan pengawasan selama 24 jam setiap hari sejak pulang dari Mesir pada 6 September lalu demi keselamatannya.

“I have been under 24/7 security,”

– Caprice
Caprice Dedah Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

“Dalam masa dua bulan ini, saya terima lebih 60 ugutan bunuh sebenar, nak jumpa depan pagar, nak turun pejabat, ajak jumpa, ugut jangan sampai Pulau Pinang dan bermacam-macam lagi.

“Saya diletakkan di bawah kawalan keselamatan, selama 24 jam, tujuh hari seminggu sejak sampai Kuala Lumpur,”

– Caprice

Dalam perkongsian sama, Caprice juga memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang atau beradu di gelanggang untuk menamatkan segala ugutan diterimanya.

“Perkara ini tidak menyeronokkan, apatah lagi melucukan. Kita boleh selesaikannya mengikut undang-undang, atau dengan pertarungan amal di gelanggang melibatkan pasukan awak dan saya. Ikut undang-undang atau dalam gelanggang.

“Jangan tinggalkan ancaman dan ingat saya akan berdiam diri. Saya bukan lelaki itu,” tulisnya panjang.

– Caprice

Menjawab pertanyaan seorang pengikutnya yang meminta dia membuat laporan polis, beliau menjawab ia akan memenatkan dirinya sahaja untuk membuka Instagram dan mencari ugutan yang dibuat oleh beberapa pihak itu.

Caprice belum berkesempatan untuk melaporkan semua ugutan diterimanya kepada pihak berkuasa kerana masih menjalani tempoh kuarantin setelah pulang dari luar negara.

“Tak dapat singgah Bukit Aman lagi. insyaAllah selepas kuarantin, saya nak fokus kepada perniagaan, keluarga, misi dahulu dan selepas itu dapat kerjasama dengan pihak pdrmsia_official untuk selesaikan isu-isu yang lain ini,” tambahnya.

– Caprice

Terdahulu, Caprice berkongsi menerima ugutan menerusi akaun Instagramnya yang meminta dia agar tidak datang ke Pulau Pinang kerana dikhuatiri tidak dapat kembali semula.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Syukri Dikecam Tak Pakai Pelitup Muka Dengan Betul

Demi Malaysia, Antara Keringat & Airmata, Dokumentari Sukan Khas Hari Malaysia di RTM