in

The Alif Lancar Single Terbaru Satu Nyawa

The Alif – Artis Baru Riwayat Records. Kumpulan Gitar Rancak kelahiran Kuala Lumpur, The Alif, yang ditubuhkan pada Mei 2010 memperjuangkan muzik new wave, rock dan brit pop dengan sulaman elemen kemelayuan melalui karya mereka. Kecenderungan The Alif bermain dengan melodi dan muzik yang ‘catchy’ dan ‘groovy’ membuatkan mereka mudah diterima peminat tempatan.

Setelah berjaya dengan karya-karya DIY terdahulu seperti Sesuatu, Janganlah, Kutu Rayau, Empayar Caliphso dan Hujan Di Jendela, baru-baru ini The Alif telah dilamar oleh Riwayat Records untuk berada di bawah naungan syarikat rakaman tersebut. Kolaborasi ini telah membuka lembaran baru dalam perjuangan seni The Alif yang bercita-cita besar untuk membina empayar mereka sendiri dalam industri muzik tempatan.

the-alif

Dianggotai empat anak muda iaitu Aliff Hassan (vokal); Meor Ahmad Sufian Meor Mohamed Al Bakri (gitar); Khubaib Bakaruddin (bass); dan Mohd Shahrizal Zainal Abidin (drum), kesemua mereka percaya bahawa genre musik yang mereka perjuang mampu diketengahkan sehingga ke pentas antarabangsa jika kena gayanya.

Single terbaru mereka, “Satu Nyawa” membuktikan bahawa The Alif adalah generasi baru ‘singer-songwriter’ Malaysia yang harus diberi perhatian. Single ini telah pun kedengaran dicorong-corong radio dan mendapat sambutan yang begitu menggalakan daripada peminat-peminat tempatan. Justeru, berdasarkan kekuatan “Satu Nyawa”, The Alif telah menjadi artis tempatan pertama yang dipilih sebagai rakan kerja Tonton Music.

Hasil kerjasama tersebut, single “Satu Nyawa” kini boleh didapati secara penstriman audio (audio streaming) di www.tontonmusic.com.my. Selain itu, “Satu Nyawa” juga telah terpilih untuk dijadikan runut bunyi bagi sebuah drama di bulan Ramadhan nanti.

Laman Sosial Media Rasmi Kumpulan Gitar Rancak THE ALIF

Facebook : https://www.facebook.com/THE ALIF
Twitter : @empayarthealif
Youtube : thealifband
Instagram : empayarthealif
Official Music Video “Satu Nyawa”
http://youtu.be/aUA82KDaQ1k

the alif

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere Dawn of the Planet of the Apes (3D)

ADV: Top Up U Mobile Dapat Minuman Revive & Mamee Cup Percuma