in , ,

The Alif Semai Semangat Patriotik Cintakan Negara Dalam Lagu NEGARAKU MALAYSIA

Meskipun Negara sedang menghadapi ancaman Covid dan Pandemik akan tetapi ia tidak mematahkan semangat The Alif untuk mengeluarkan sebuah lagu yang dapat memupuk semangat cintakan Negara dan juga semangat berjuang untuk Negara.

Lagu berentak Rock dan sedikit enjeksi Pop ini tidak mustahil bakal menjadi siulan oleh seluruh rakyat Malaysia 

Menurut Aliff Hassan penulis lagu dan juga penyanyi kumpulan The Alif berkata, lagu Negaraku Malaysia ditulis kerana ingin menyeru anak anak muda untuk menanamkan sifat cintakan Negara, lagu ini juga sedikit sebanyak mampu memupuk semangat juang untuk Tanah Air, menurut Aliff Hassan juga jika kita ada semangat juang dan cintakan Negara tak mustahil Negara kita bakal dipandang hebat di mata dunia, kerana keunikan dan kebolehan yang rakyat Malaysia ada amat hebat, Jika kita semua bersatu bersama berjuang untuk Negara tak kira Bangsa dan Agama. 

The Alif Semai Semangat Patriotik Cintakan Negara Dalam Lagu  NEGARAKU MALAYSIA

Antara cabaran yang sukar ketika rakaman lagu ini adalah, lagu ini dirakam semasa keadaan Negara sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan, jesteru itu ia amat terhad untuk melakukan aktiviti rakaman, akan tetapi dengan teknologi yang sedia ada ia tidak menjadi halangan untuk proses rakaman lagu ini, Lagu ini direcord di studio Hotsound yang berpangkalan di Wangsa Maju proses dan mixing & mastering dilakukan oleh Muhd A Husni dari Hotsound Studio 

The Alif yang dianggotai oleh Aliff Hassan, Meor Ian, Megat, Arm Mazlan & Jay Cugat Berharap agar lagu ini dapat diterima oleh seluruh pencinta muzik tanah air dan seluruh rakyat Malaysia, Ujar Megat pemain bass The Alif berkata, lagu ini sesuai untuk semua golongan kerana kami memastikan melodi ini mudah diterima dan dinyanyikan, bait bait lirik ini juga mudah dihafal dan difahami oleh semua lapisan masyarakat. 

The Alif Semai Semangat Patriotik Cintakan Negara Dalam Lagu  NEGARAKU MALAYSIA

The Alif berharap lagu ini dapat diputarkan dicorong corong radio Tanah Air. 

Lagu Negaraku Malaysia boleh didengari di seluruh digital platform muzik antaranya (Spotify, Joox, Apple Music, KKBox & Deezer.

Manakala muzik video akan direlease di youtube tidak lama lagi, untuk mengetahui perkembangan The Alif, boleh melayari di Facebook, Twitter & Instagram “The Alif“ 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mila Jirin Menangis Sebak Dengar Berita Perdana Menteri Akan Letak Jawatan

Drama Mini SAGA Lakonan Aaron Aziz Ketengah Sukan Tempur MMA