in , , ,

The Alif & Kamelia Syermain Lancar Single Terbaru
KISAH CINTA YANG TAK DIDUGA

Setelah sekian lama berdiam diri dan menyepi dalam industri, kini band The Alif kembali semula dengan menampilkan single terbaru yang berjudul KISAH CINTA YANG TAK DIDUGA.

Lagu ini turut menampilkan penyanyi berbakat kelahiran dari bumi Sarawak, Kamelia Syermain yang juga baru-baru ini telah membuat kemunculan semula, sebelum ini Kamelia Syermain terkenal dengan lagu Khabar Aku.

Lagu ini dihasilkan oleh Aliff Hassan dan Kamelia Syermain, Proses pembikinan lagu ini dilakukan sangat cepat dan lokasi lirik video ini mendapat tajaan lokasi daripada Dr Khasiah Zakaria (Ketua Pustakawan Universiti Malaya).

Lagu ini mengisahkan tentang kisah cinta yang dipendam dua manusia, akan tetapi mereka tidak berani meluahkan secara terus terang dan akhirnya perasaan itu dipendam begitu sahaja.

Sebelum ini The Alif terkenal dengan lagu yang mantap seperti Hujan Di Jendela, Bulan Bintang & Satu Nyawa di mana lagu-lagu mereka sering menjadi runut runut bunyi drama drama di Malaysia, mereka berharap kehadiran semula mereka dapat diterima masyarakat dan radio radio tempatan.

Lirik Video Kisah Cinta Yang Tak Diduga telah diriliskan pada 3 Mac 2020 boleh dilayari di Youtube. KLIK SINI untuk menonton.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lee Chong Wei | 23

Lee Chong Wei Dedah Pernah Ditipu Rakan Selepas Pulang dari Olimpik

Tim Cook | 24

Apple Perkenal versi macOS Terkini Dikenali Sebagai Big Sur