in , ,

Petisyen Gugur Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm Telah Dipadamkan

Nampaknya isu yang membabitkan usahawan selebriti, Datin Vivy Yusof yang dituduh menghina golongan B40 yang menerima Bantuan Prihatin Nasional (Prihatin) masih menjadi buah mulut orang ramai.

Sejak konflik usahawan terkenal Datin Vivy Yusof tular di media sosial, para netizen masih melemparkan kata-kata negatif terhadapnya dan didapati ramai yang berbalah serta mengecam Vivy meskipun permohonan maaf secara terbuka sudah dibuat. Bagi mengawalnya dari terus melarat, usahawan ini nekad untuk mengambil tindakan undang-undang. Melihat kepada situasi tegang ini, pengarah drama ‘Nur’ iaitu Shahrulezad tampil memberi pendapat peribadinya tentang isu tersebut.

Menerusi posting terbaru Shahrulezad Mohameddin di laman Instagram, dia menyifatkan kehidupan Vivy Yusof sedikit terasing jika dibandingkan dengan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Petisyen Gugur Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm Telah Dipadamkan
Petisyen Gugur Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm Telah Dipadamkan

Pengarah ini juga agak kurang senang apabila mengimbau challenge berbahasa Melayu dalam content YouTube Vivy yang menampakkan dirinya lebih terasing dari masyarakat.

Petisyen Gugur Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm Telah Dipadamkan

Walaupun terpalit dengan banyak kontroversi, Shahrulezad mengakui masih banyak sisi baik yang ada pada Vivy Yusof itu.

Petisyen Gugur Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm Telah Dipadamkan

Namun begitu, dia menyifatkan semuanya mungkin boleh dielakkan sekiranya Vivy berpegang dengan sikap down to earth atau merendah diri dan mengamalkan identiti Melayu dalam kehidupan.

Petisyen Gugur Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm Telah Dipadamkan

Pendedahan Syarikat Vivy Yusof oleh Aliff Ahmad

Selain dari itu, terbaharu, lebih mengejutkan lagi, apabila ada yang sanggup mendedahkan maklumat mengenai diri dan syarikat Vivy kepada umum. Antara maklumat yang didedahkan termasuklah laporan kewangan syarikat Vivy, Fashion Valet yang didakwa mempunyai beberapa keraguan. Seperti yang didedahkan oleh pemilik akaun Facebook bernama Aliff Ahmad 111, dia mendedahkan Fashion Valet mendapat dana atau funding dari PNB (Permodalan Nasional Berhad).

Fakta ini didedahkan oleh individu tersebut untuk membuktikan ia melibatkan wang rakyat. Selain PNB, Khazanah juga terlibat dalam suntikan dana kepada Fashion Valet melalui syarikat 100% milik Khazanah iaitu Pulau Tiga Ventures Sdn. Bhd. 

Petisyen Gugur Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm Telah Dipadamkan

Menurut individu ini, dia menyelar sikap Vivy yang sepatutnya lebih merendah diri kerana dana untuk Fashion Valet datang daripada duit rakyat juga iaitu menerusi Khazanah dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

Menurut blog milik individu tersebut, Aliph.my, dia turut mendedahkan beberapa hal dalam laporan kewangan syarikat Fashion Valet yang meragukan.

Petisyen Gugur Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm Telah Dipadamkan

Daripada apa yang bermula dengan komen beliau terhadap bantuan diberikan kerajaan kepada golongan B40 hujung minggu lalu, nama Vivy Yusof dan perusahaan fesyen miliknya, dUCk masih hangat diperkatakan sehingga hari ini.

Petisyen Gugur Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm Telah Dipadamkan

Selain itu, pelbagai isu mula ditimbulkan netizen seperti harga stapler keluaran Vivy, percutian peribadi malah ada yang mula membuat analisis sendiri berhubung prestasi perniagaan milik usahawan itu.

Petisyen Gugur Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm Telah Dipadamkan

Tidak dapat dinafikan tudung berjenama dUCK sebelum ini memang mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan peminat fesyen di negara ini walaupun dijual dengan harga yang tinggi.

Namun, tatkala netizen lain dilihat menyerang usahawan fesyen itu, netizen Jasmina Mokhtar yang juga merupakan bekas peminat Vivy Yusof ini pula mengambil pendekatan berbeza.

Melalui laporan yang dipetik daripada portal Says beliau dilihat menasihati masyarakat Melayu terutamanya golongan B40 dan M40 yang sebelum ini menjadi ‘peminat’ kepada jenama itu.

“Saya kecewa bila dia mula menjual tudung berharga RM600-RM800.Lagi kecewa apabila melihat mereka yang berada dalam golongan M40 dan B40 membeli produk-produk ini.

“Kemudian dia memperkenalkan stapler dUCk dengan harga RM75 dan kumpulan orang yang sama membelinya. Secara mudahnya orang Melayu,”

“Pesanan saya kepada orang Melayu terutama M40 dan B40, belajarlah dari masyarakat Cina. Beli ikut kemampuan, pentingkan pendidikan dan ajar anak-anak untuk survive. Bukan acah-acah berangan nak jadi Vivy.

“Dia sah-sah anak orang kaya. Dari zaman belajar travel business class dan sempat singgah kedai Dior nak beli beg tangan sampai airlines kena panggil,”kongsinya.

Malah dia yang juga merupakan anak kepada seorang CEO juga katanya selalu diajar untuk menyokong peniaga-peniaga kecil oleh bapanya.

“Ayah saya dulu selalu menggalakkan saya untuk membeli daripada peniaga kecil dan mengingatkan saya agar tidak meminta diskaun jika harga berpatutan.

“Dan jika saya mahu sesuatu barangan berjenama, ayah akan selalu mendapatkan nasihat daripada ibu dan biasanya jawapan adalah tidak,”

– Jasmina

Mengakui pernah meminati jenama itu suatu ketika dahulu, dia bagaimanapun kecewa dengan sikap masyarakat Melayu yang masih berbelanja tidak mengikut kemampuan dan masih menjadi pengikut jenama itu walaupun produk dijual dengan harga yang tinggi.

Contohi Masyarakat Cina

Kecewa dengan sesetengah masyarakat Melayu, beliau mengingatkan agar mencontohi sikap masyarakat Cina dalam melakukan perbelanjaan.

Berkenaan dengan petisyen yang diwujudkan menuntut pengasas tudung itu meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah UiTM baru-baru ini. Difahamkan, petisyen tersebut mendapat sambutan hangat daripada netizen dan dikatakan 230,000 menandatangani serta bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Bagaimanapun, pada hari ini petisyen terebut telah dipadamkan, kerana ianya telah mencapai target dan selesai.

Apa yang kita harapkan, isu yang melanda ini dapat menyedarkan Vivy Yusof supaya mengambil iktibar dan teladan dari kritikan masyarakat untuk mengubah kepad kepada yang lebih baik. 

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hawa Rizwana & Fatin Hamimah Jadi Pengacara WHI Mulai 1 April 

Ali Puteh Dikecam Komen Kerja Amal Man Raja Lawak