in

Aktifkan Piala Dunia FIFA 2018 dengan Maxis

Maxis mengupayakan rakyat Malaysia menyaksikan Piala Dunia FIFA 2018, di semua skrin

Aktifkan Piala Dunia FIFA 2018 dengan Maxis

• Maxis menawarkan lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia untuk menikmati Piala Dunia FIFA 2018 di Astro GO dan RTM

• Dengan Maxis, pelanggan boleh menonton semua 64 perlawanan secara langsung dan dalam HD di Astro GO dengan penstriman data PERCUMA, bila-bila masa, di mana sahaja

• Di RTM, penonton boleh menyaksikan 41 daripada 64 perlawanan – 28 secara langsung dan 13 ditangguhkan – secara PERCUMA

• Raikan Hari Raya dan musim bola sepak bersama keluarga dengan aplikasi interaktif Maxis Bola Raya

Piala Dunia bukan sekadar satu perlawanan bola sepak – ia adalah acara sukan terbesar di dunia yang diminati semua. Tahun ini, Maxis dengan bangganya membawa Piala Dunia FIFA 2018 kepada lebih ramai rakyat Malaysia di Astro GO dan RTM, sekali gus menjadikannya lebih mudah bagi semua untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan bola sepak di semua skrin – sama ada di televisyen atau di peranti mudah alih mereka.

Kedua-dua pelanggan Maxis dan Hotlink boleh membeli pas perlawanan World Cup Astro serendah RM1 bagi setiap perlawanan untuk menonton mana-mana atau kesemua 64 perlawanan SECARA LANGSUNG dan dalam HD pada bila-bila masa, di mana sahaja. Paling penting sekali, data untuk menyaksikan perlawanan adalah PERCUMA supaya pelanggan Maxis dan Hotlink dapat menikmati Piala Dunia sepenuhnya tanpa sebarang kebimbangan di rangkaian 4G No. 1 Malaysia.

Maxis juga bangga menjadi penaja penyiaran utama untuk liputan Piala Dunia FIFA 2018 di RTM. RTM akan menyiarkan 41 perlawanan, dari mana 28 adalah secara langsung dan 13 ditangguhkan.

“Setiap empat tahun, peminat-peminat bola sepak berkumpul bersama untuk menyokong pasukan kegemaran mereka di acara sukan yang terbesar di dunia. Maxis teruja untuk membawa Piala Dunia kepada lebih ramai rakyat Malaysia berbanding sebelum ini dengan pas perlawanan World Cup Astro di Maxis serta melalui penajaan penyiaran utama untuk liputan RTM bagi perlawanan Piala Dunia. Sama ada anda berada di rumah atau dalam perjalanan pulang ke kampung halaman pada musim Raya ini, rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyaksikan perlawanan terkini, bersama keluarga dan rakan-rakan,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pelanggan Maxis.

Untuk mendaftar ke pas perlawanan Piala Dunia Astro GO, pelanggan hanya perlu:

1) Muat turun aplikasi MyMaxis / Hotlink RED / Hotlink Flex dari Google Play Store atau Apple App Store
2) Beli pas perlawanan pilihan mereka dalam aplikasi
3) Terima Kod Kupon melalui SMS & aplikasi MyMaxis
4) Menebus kod pada aplikasi Astro GO dan mula menonton

Bersempena dengan musim Raya dan bola sepak ini, Maxis juga memperkenalkan baju raya pertama yang inovatif yang juga berfungsi sebagai jersi bola sepak dengan menggunakan realiti tambahan (augmented reality – AR). Sekarang, pelanggan tidak perlu memilih antara memakai baju raya atau jersi bola sepak mereka musim Raya ini – mereka boleh memakai kedua-duanya sekaligus!

Berikut adalah cara untuk ‘memakai’ baju raya AR ini:

Aktifkan Piala Dunia FIFA 2018 dengan Maxis

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua aktiviti Maxis yang berkaitan dengan Piala Dunia, sila klik www.maxis.com.my/bolaraya

Aktifkan Piala Dunia FIFA 2018 dengan Maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alvin Chong Berduet dengan Penyanyi Filipina Isabela Vinzon

Misi Pencarian JBL Rising Star Singing Competition 2018