in , ,

Aiman Sidek Berkolaborasi Hasilkan Single Terbaru Berjudul KEKASIH

Mohamad Aiman Bin Md Sidek, atau lebih mesra dikenali sebagai Aiman Sidek, sekali lagi muncul dengan lagu terbaru ciptaannya sendiri serta penulisan lirik bersama pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya.

Lagu yang diberi judul Kekasih juga merupakan kolaborasi nyanyian bersama pertama Aiman Sidek dengan duo adik-beradik Aniq Muhai dan Alif Azhari, yang pernah mempopularkan lagu runut bunyi Suamiku Mr Blind, Tetap Bertahan.

Menurut Aiman Sidek, Kekasih merupakan sebuah lagu yang menceritakan perihal manusia yang mendambakan sesuatu dalam setiap arah tujunya berdasarkan bait-bait lirik yang ditulisnya bersama susunan muzik yang segar. Lagu ini dirakam dan disusun oleh komposer yang tidak asing lagi, Bajai dan mixing serta mastering Huzai, alunan gitar oleh Jay Cugat dan pencorakan melodi vokal oleh Afif Tirmizie.

Aiman Sidek Berkolaborasi Hasilkan Single Terbaru Berjudul KEKASIH

Ini merupakan salah satu projek susulan Aiman Sidek bersama 4U Entertainment yang ditubuhkannya sejak lebih setahun sudah, selepas lagu patriotik kolaborasi bersama Namias, Bangkit Malaysia, lagu kolaborasi rap bersama Skyrulez, Manis Dimulut dan pembikinan semula lagu Cinta Terakhir, yang pernah mendapat 10 juta tontonan di Youtube secara duet bersama Syazmin.

“Selepas genap setahun saya menghasilkan semula Cinta Terakhir pada 14 Oktober 2021, Kekasih ini merupakan buah tangan ulangtahun kelahiran saya kepada peminat-peminat pada tahun ini,” kata Aiman yang menyambut hari kelahirannya yang ke-32 hari ini.

“Klip video lagu Kekasih sekali lagi akan dibintangi oleh selebriti instagram dan tiktok terkenal Pantai Timur, Ervan Rizuan dengan penampilan baru dan lakonan yang mantap.”

– Aiman Sidek

Bagi pihak 4U Entertainment, Aiman Sidek berharap agar lagu ini dapat memberi nafas baru kepada karya-karyanya untuk peminat-peminat muzik bukan sahaja dalam malaysia tetapi di segenap rantau.

Lagu Kekasih boleh didapati di semua platform digital seperti iTunes, Spotify, Joox, Deezer,Youtube dan lain-lain.

Aiman Sidek 

Aiman Sidek memulakan langkah dalam industri muzik tempatan selepas muncul Naib Juara program Akademi Nasyid di TV9 pada 2008. Aiman pernah tampil di pentas hiburan tanah air lebih sedekad lalu, denga lagu “Cinta Terakhir” ciptaan komposer Hafiz Hamidun serta “Bunga Dhia” ciptaan Aiman sendiri, yang popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan di TV3. Anak kelahiran Terengganu ini juga pernah bersaing di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu pada tahun 2008 membawakan lagu “Dusta Berkalang” sepentas bersama Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Ziana Zain, Spider, Estranged, Stacy dan Mawi.

4U Entertainment 

4U Entertainment atau Foryou Entertainment adalah syarikat label muzik yang ditubuhkan pada tahun 2020 bertujuan menghasilkan karya-karya segar dengan meyediakan platform untuk penyanyi serta pemuzik baru dan lama tanah air. Antara karya di bawah syarikat adalah 2 album bertajuk “Aiman Sidek” pada tahun 2009 dan “Gelora Cinta” (2018). Lagu-lagu lain yang pernah dihasil atau dinyanyikan oleh Aiman Sidek ialah Tak Bisa (Andrea), Cinta Awangan (Aiman & Friends), Apa Benar (Misha Shahirah), Kamulah Wanita , Wanitaku , Aryana (Nadzmi Adhwa) ,Manisnya Hari Raya (Manis FM) , Warna (Namias), Penjaja Jalanan (Anas Tahir), Tetap Bertahan (Alif Azhari) , Bunga Dhia , Larut , Pria Arjun, Dusta Berkalang serta Cinta Terakhir (Aiman Sidek). Sila layari platform Youtube 4U Entertainment untuk maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Disney+ Hotstar Umum Kandungan Baharu Terunggul Dari Asia Pasifik

As’ad Motawh, Leona Azhar, XILY & DJ Soda Bergabung dalam Single POTATO