in , ,

Selepas Hits Cinta Sejati, Dirgantara Bakal Jadi Lagu Terakhir Anak-Anak Sidek? 

‘Dirgantara’ diciptakan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek yang mula menapak dalam industri dengan lagu yang pernah popular, Cinta Terakhir lebih sedekad lalu. 

Selepas hits dengan lagu duet ‘Cinta Sejati’ yang meraih lebih 10 juta tontonan muzik dan lirik video di Youtube dan platform penstriman muzik seperti Spotify, Joox, Apple Music, Deezer, Amazon Music dan lain-lain, pasangan adik beradik, Aiman Sidek dan Alin Sidek tampil dengan single terbaru yang bertajuk ‘Dirgantara’ bersempena dengan sambutan Hari Tahun Baru, 1 Januari 2023 yang lalu. 

Selepas Hits Cinta Sejati, Dirgantara Bakal Jadi Lagu Terakhir Anak-Anak Sidek?

‘Dirgantara’ diciptakan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek yang mula menapak dalam industri dengan lagu yang pernah popular, Cinta Terakhir lebih sedekad lalu. 

Diterbitkan oleh 4U Entertainment, buah tangan ‘Dirgantara’ ditunggu-tunggu oleh peminat ‘Cinta Sejati’ sebagai sebuah sekuel kepada penceritaan lagu duet yang telah menambat hati peminat muzik tanah air tersebut, sarat dengan lirik yang mempunyai maksud-maksud yang tersirat. 

Menurut Aiman, “Dirgantara merupakan kisah pasangan yang dilamun cinta namun dipisahkan jarak yang sentiasa menantikan saat untuk disatukan semula. Saya berharap bait kata dan melodi lagu yang didendangkan oleh saya dan adik ini akan dapat menemani hari-hari sang pencinta yang merindui pasangan mereka.” 

“Lagu ini juga dirancang untuk dijadikan OST beberapa drama dan telefilem yang sedang berada dalam proses perbincangan untuk kerjasama,” tambahnya. 

Walaubagaimanapun, penyanyi yang mula dikenali dengan penampilan sulung ‘Cinta Sejati’, Alin Sidek berkemungkinan menjadikan lagu ‘Dirgantara’ sebagai penutup karier nyanyiannya untuk memberikan tumpuan kepada keluarga dan kerjaya di sebuah syarikat perbankan. 

Menurut Alin, “Saya bersyukur dengan penerimaan peminat dengan kedua-dua hasil karya abang saya ini, insyaAllah kami akan kembali lagi dengan keizinanNya. Buat masa ini, terimalah lagu ‘Dirgantara’ untuk peminat semua.” 

Sejak dilancarkan, lirik video ‘Dirgantara’ telah berjaya meraih lebih 100,000 tontonan di Youtube di mana rata-rata pendengar memberikan maklumbalas positif terhadap lagu yang dikatakan mempunyai kata-kata puitis dengan melodi yang dekat di hati semua. Untuk mendengar dan menonton lirik video ‘Dirgantara’ : 

Selepas Hits Cinta Sejati, Dirgantara Bakal Jadi Lagu Terakhir Anak-Anak Sidek?

LIRIK LAGU DIRGANTARA 

Dirgantara 

Dirgantara
Melewati pusat bumi
Begitulah jarak memisahkan kita 

Bersenandung dalam irama yang syahdu Menantikan bait bait
Kata manis bicaramu 

Akulah arjuna 

Menanti cintanya Menunggu saatnya Ratna cinta tiba 

Dirgantara
Sejauh aku dan kamu
Namun hati tetap kuat kan menyatu 

Saat itu pasti tiba kan waktunya Dua hati jadi satu
Dua jiwa kan bersatu 

Akulah rahara Menanti cintanya

Menunggu saatnya

Roman cinta tiba 

Walau dalam gelap malam

Masih terlihat bintang

Walau dalam fana cinta

Pasti ada sinar 

Aku lah rahara
Menanti cintanya
Menunggu saatnya
Roman cinta tiba (ratna cinta tiba) 

Akulah pencinta Menanti cahaya 

Memberi sinarnya Warnai dunia

Tentang Aiman Sidek

Aiman Sidek memulakan langkah dalam industri muzik tempatan selepas muncul Naib Juara program Akademi Nasyid di TV9 pada 2008. Aiman pernah tampil di pentas hiburan tanah air lebih sedekad lalu, dengan lagu “Cinta Terakhir” ciptaan komposer Hafiz Hamidun serta “Bunga Dhia” ciptaan Aiman sendiri, yang popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan di TV3.

Anak kelahiran Terengganu ini juga pernah bersaing di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu pada tahun 2008 membawakan lagu “Dusta Berkalang” sepentas bersama Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Ziana Zain, Spider, Estranged, Stacy dan Mawi. 

Alin Sidek yang merupakan adik kandung kepada Aiman Sidek, adalah Pensyarah Sambilan di UNISZA mempunyai minat dan bakat dalam nyanyian seperti adik-beradik mereka yang lain. Cinta Sejati merupakan penampilan pertama Alin dalam industri muzik tanah air dan bercadang untuk tampil dengan beberapa buah lagu di lagi di masa akan datang. 

Mereka pernah berduet dengan single ‘Cinta Sejati’ yang hits di corong-corong radio dan platform media sosial pada tahun 2021. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yura Yunita Hiburkan Peminat di Malaysia di Konsert Tutur Batin

Hebat Betul! Suami Fatin Afeefa Bagi Nafkah Cecah Lima Angka?