in ,

Disney+ Hotstar Umum Kandungan Baharu Terunggul Dari Asia Pasifik

Disney+ Hotstar bakal membawakan kandungan APAC serta rangkaian kandungan hiburan yang luas dari Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic dan Star. Memperkenalkan lebih dari 20 tajuk kandungan APAC tempatan baru termasuk 18 kandungan Originals, bekerjasama dengan pencipta kandungan yang memenangi anugerah dan baru muncul dari rantau ini

Pada majlis persidangan media dan rakan kerjasama peringkat rantau serta tempatan hari ini, The Walt Disney Company memperkenalkan rangkaian kandungan global, serantau dan bahasa tempatan untuk Disney+ dan Disney+ Hotstar, dan melancarkan lebih dari 20 tajuk kandungan APAC baharu termasuk 18 kandungan Originals. Peminat boleh menantikan pelbagai kisah asli oleh para pencipta kandungan yang terhebat dari rantau ini, selain beraneka kandungan berjenama daripada Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic dan Star.

Projek APAC yang baharu mengemukakan penerbitan asli oleh pencipta-pencipta kandungan terhebat, darilakonan bintang terkemuka   merangkumi drama, komedi, fantasi, cinta, fiksyen ilmiah, jenayah, seram, mahupun rancangan aneka ragam, dokumentari dan anime dari pasaran-pasaran seperti Jepun, Korea Selatan, Indonesia, China dan Australia. Tajuk-tajuk kandungan APAC baharu akan tersedia di platform penstriman ini pada tahun depan, namun tertakluk pada ketersediaan tempatan. Projek baharu yang diumumkan hari ini merupakan sebahagian daripada aspirasi Disney untuk menerajui lebih 50 penerbitan kandungan Originals di APAC menjelang 2023.

Apac_Showcase_Horizontal_Asia_Hotstar_1012

“Selama beberapa dekad ini, The Walt Disney Company telah menghiburkan pengguna dan menjadi sebati dengan ekosistem kreatif tempatan,” kata Luke Kang, Presiden, The Walt Disney Company Asia Pasifik. “Hari ini, kami membuat satu lagi komitmen dengan menyatukan sumber global syarikat dengan para pencipta kandungan terkemuka dari Asia Pasifik untuk mengembangkan dan menghasilkan kisah-kisah asli di Disney+. Seiring pembudayaan perkhidmatan OTT, kemunculan kandungan bertaraf dunia dari Asia Pasifik, dan peningkatan penghayatan pengguna, kami yakin inilah masa terbaik untuk merancakkan kerjasama kami dengan para pencipta kandungan terkemuka di rantau ini untuk membawakan penceritaan yang tiada bandingan kepada penonton global. ”

Dalam beberapa tahun akan datang, Disney akan melancarkan beraneka kandungan hiburan berjenama premium di platform penstriman tersebut, termasuk kandungan daripada francais jenama globalnya, kandungan hiburan umum daripada jenama Star, serta kandungan asli bahasa tempatan yang dari APAC.

Indonesia_Susah Sinyal The Series 1

Mengulas tentang rangkaian kandungan baharu dari APAC, Jessica Kam-Engle, Ketua Kandungan & Pembangunan APAC Disney, berkata, “Strategi produksi kami menumpukan fokus pada kerjasama dengan pakar penceritaan tempatan yang terunggul di rantau ini, serta memanfaatkan kekuatan, skala dan dedikasi jenama kami dalam mencapai mercu kecemerlangan kreatif. Kami berharap dapat bekerjasama dengan bakat-bakat kreatif yang memenangi anugerah serta yang baru muncul di Asia Pasifik, dan berkongsi kisah-kisah asli bagi menonjolkan budaya dan sosial yang unik dari rantau ini kepada khalayak global. ”

Korea_Blackpink The Movie (Logo)

Pengguna di Malaysia boleh menantikan rangkaian kandungan APAC yang luas yang akan datang ke Disney+ Hotstar pada tahun depan, termasuk “Ejen Ali Musim 3“. Dalam musim terbaru siri animasi Malaysia yang dinanti-nantikan ini yang dihasilkan bersama oleh Primeworks Studios, Wau Animation dan Disney+ Hotstar, watak-watak siri berkenaan akan mengembara ke bandar futuristik Cyberaya dengan ejen rahsia dan melakukan misi yang mustahil.

Japan_Tokyo Mer

Tambahan lagi, sorotan utama tajuk kandungan APAC baharu termasuk:

  • Filem thriller aksi, Moving merupakan filem ulung dari Korea yang berdasarkan kartun web (webtoon) oleh Kang Full, yang mengisahkan bagaimana tiga wira remaja menemui kekuatan luar biasa mereka.
  • Snowdrop, siri melodrama romantik yang dibintangi pelakon Korea terkenal, Jung Hae-in dan Jisoo dari kumpulan BLACKPINK. Diilhamkan oleh penerbit di sebalik K-drama hebat 2019 “SKY Castle”, Snowdrop merupakan antara drama paling dinanti-nantikan tahun ini.
  • Grid, siri baru bergenre misteri oleh pemenang anugerah, penulis Lee Su-yeon.
  • Eksklusif di Disney+ Hotstar dan di pawagam, BLACKPINK: The Movie merupakan sebuah dokumentari tentang kumpulan K-pop yang popular, bagi meraikan ulang tahun kelima mereka.
  • Rookies, drama siri romantik yang menelusuri kisah di akademi polis elit Korea, merupakan drama sulung idola K-pop Kang Daniel.
  • Drama Tokyo MER (Mobile Emergency Room) merupakan kolaborasi istimewa TBS yang bertemakan perubatan, dan dibintangi Ryohei Suzuki dan Kento Kaku yang mengungguli pelbagai anugerah.
  • BLACK ROCK SHOOTER DAWN FALL merupakan ‘reboot’ animasi Jepun untuk BLACK★ROCK SHOOTER, suatu watak popular dengan peminat global yang telah membawa muzik, tokoh aksi, permainan dan animasi.
  • Summer Time Rendering adalah animasi Jepun yang berdasarkan salah satu tajuk manga teratas yang mempunyai lebih dari 130 juta jumlah kumulatif paparan halaman di aplikasi manga web Jepun Shonen Jump +.
  • YOJOHAN TIME MACHINE BLUES (tajuk kerja) adalah siri animasi Jepun baru dan merupakan sekuel ke THE TATAMI GALAXY. Ini adalah karya terbaru oleh penulis pemenang anugerah Tomihiko Morimi dan Science SARU, sebuah studio produksi yang telah memenangi banyak anugerah antarabangsa.
  • Pada acara di Tokyo, Disney juga mengumumkan adaptasi anime yang telah dirancang “Twisted Wonderland”, yang merupakan permainan mudah alih Disney yang sangat popular oleh Aniplex.
  • Diambil daripada filem hit yang bertajuk sama, drama bersiri komedi Susah Sinyal (atau Bad Signal) mengisahkan sekumpulan pekerja hotel yang menguruskan sebuah hotel resort mewah di Jawa Barat.
  • Di bawah visi kreatif pengarah yang memenangi anugerah Joko Anwar, dan dihasilkan oleh Screenplay Bumilangit, Bumilangit bakal melancarkan drama bersiri pertamanya. 
  • Memaparkan Chen Bo-Lin yang berbakat tinggi, “Small & Mighty” yang bertemakan penemuan diri, merupakan penampilan beliau dalam drama Taiwan sejak drama “In Time With You”. 
  • “Delicacies Destiny” merupakan drama zaman Cina dan komedi romantik baharu yang bertemakan makanan, yang diilhamkan oleh penerbit veteran Yu Zheng susulan kejayaan “Story of YanXi Palace.”
  • “Shipwreck Hunters” merupakan dokumentari Australia pertama Disney+ Hotstar yang bertumpu pada misteri kapal karam ikonik di garis pantai Australia Barat yang luas.
Malaysia_Ejen Ali Season 3

Program Pengalaman Kreatif APAC

Disney hari ini juga mengumumkan pelancaran “Program Pengalaman Kreatif APAC” oleh The Walt Disney Company, sebagai inisiatif pertama yang khusus bagi menyatukan ratusan pencipta terkemuka dari APAC dengan para pembuat filem dan pencipta filem Disney yang bertaraf dunia. Menerusi kelas pakar kreatif, forum diskusi dan aktiviti-aktiviti lain, Disney akan menjemput pencipta-pencipta terkemuka dari seluruh APAC untuk bertemu dengan para eksekutif dan pengamal kreatif terkemuka dari beberapa jenama dan studio utama syarikat.

“Kami berharap program ini dapat memberi inspirasi kepada komuniti kreatif dan menyemarakkan industri kreatif Asia Pasifik, yang saya percaya bakal muncul sebagai hab kandungan dan media peringkat global,” kata Kang. “Kami dapat melihat bahawa bakat kreatif dan kandungan dari banyak negara APAC adalah bertaraf dunia, dan hanya akan menjadi lebih baik. Penceritaan Disney yang tiada tandingan merupakan asas pertalian istimewa kami dengan penonton. Jadi kami berharap dapat menawarkan pandangan berharga kepada bakat-bakat terkemuka di rantau ini tentang proses kreatif para pencerita yang terulung di dunia.”

Perkhidmatan penstriman berkenaan kini tersedia di Australia, New Zealand, Jepun, Singapura, India, Malaysia, Indonesia dan Thailand, dengan pelancaran akan datang di Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan pada November 2021.

2021_Cpc_3月

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Niezam Zaidi | 23

TUDM Jawab Dakwaan Niezam Zaidi Jadi Pasukan Simpanan Sukarela Tentera

Aiman Sidek | 24

Aiman Sidek Berkolaborasi Hasilkan Single Terbaru Berjudul KEKASIH