in , ,

Adam Corrie Lee Khatan Anak di Usia 5 Bulan

Biasanya ibu bapa akan sunatkan anak mereka selepas darjah lima atau enam. Tapi tidak bagi pelakon Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 50, yang berpendapat berkhatan pada usia masih bayi dapat mengelakkan rasa malu atau perasaan takut kanak-kanak itu. Mungkin ramai tak tahu tentang perkara ini. Ia berkaitan dengan psikologi anak-anak. Mungkin selepas ini boleh diamalkan oleh ibu bapa lain.

Adam Corrie Lee
Sumber: @adamcorrielee

“Terpulanglah pada ibu bapa yang ingin khatan anak lelaki mereka ketika masih kecil atau sudah bersekolah.

“Saya sebagai lelaki dan bapa lebih suka anak saya khatan ketika bayi.”

– Adam Corrie Lee

Bagaimanapun, dia berkata, perkara itu perlu meminta pandangan doktor terlebih dahulu mengikut kesesuaian bayi masing-masing.

Dalam pada itu, Adam mendedahkan bahawa dia berkhatan ketika berusia 38 tahun iaitu sebelum dia memeluk agama Islam.

Berkongsi pengalaman itu, katanya, pelbagai perasan timbul termasuk rasa malu dan takut.

Adam Corrie Lee

“Saya berkhatan ketika 38 tahun. Saya tahu berkhatan itu baik untuk lelaki. Jadi saya nekad buat walaupun ketika itu saya belum memeluk agama Islam.”

– Adam Corrie Lee

Sementara itu, dia turut meminta orang ramai tidak bertanya tentang berkhatan kepada saudara baharu (mualaf) yang hanya akan menakutkan mereka.

“Saudara baharu (mualaf) yang nak berkhatan jangan takut kerana ia tidak menyakitkan sangat pun. Pada masyarakat jangan bertanya bila nak potong, bila nak sunat? Ia hanya menakutkan mereka.

“Berkhatan bukannya wajib tapi lebih baik untuk kebersihan dan kesihatan diri,”

– Adam Corrie Lee

Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.

Siapa nak cuba khatankan anak di usia tak sampai setahun? Boleh cuba?

Sumber: Instagram Adam Corrie Lee & Mstar



Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Telemovie RAIL PAYANANGAL di Astro VAANAVIL

G-Dragon Artis Paling Ramai Pengikut di Instagram