in ,

Adam Corrie Terima Banyak Ugutan Sepanjang Islamkan 20 Saudara Baharu

Biarpun diugut diugut gara-gara aktif berdakwah dalam komuniti bukan Islam, pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah tidak pernah terdetik mahu mengibar bendera putih tanda menyerah kalah.

Sebelum ini tersebar tentang pelakon dan pendakwah bebas, Adam Corrie yang membantu 20 saudara baru memeluk agama Islam. Adam atau sudah melekat dengan panggilan Dragon dalam filem KL Gangster itu bagaimanapun tidak terlepas dari menerima pelbagai ugutan.

Ini selepas ramai yang tidak berpuas hati melihat apa yang dilakukannya menyebarkan agama Islam kepada orang kafir.

Apabila melakukan kerja-kerja mengislamkan orang, saya sentiasa sedia berdepan pelbagai jenis orang yang tidak berpuas hati dengan kerja saya. Ada kalanya, saya mengaku lelah dan marah kerana terpaksa menghadapi semua ini sendirian.

Adam yang memeluk Islam sejak 2007 mendedahkan, selain ugutan, dia pernah diancam pihak yang didakwa cuba memesongkan akidah. Namun, Adam tidak melayan mesej langsung (DM) yang dilayangkan kepadanya.

“Saya tidak pandai berdebat… Biasanya, tujuan mereka hanyalah untuk berdebat. Mereka biasanya sudah bersedia untuk ‘menembak’ saya dengan pelbagai soalan.

“Jika saya terus melayan ugutan yang diterima melalui DM, perkara itu tidak akan habis.

Jadi, berdiam diri adalah jalan terbaik. Lagipun, saya bukanlah orang tepat untuk diajak berdebat… Saya memang tidak pandai berdebat,”

– Adam Corrie

Adam yang sering membawa watak samseng dalam filem seperti KL Gangster, Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, mengaku penat melayani ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan jalan dakwahnya.

Adam Corrie Diugut Akibat Aktif Berdakwah

Adam yang memeluk agama Islam sejak tahun 2007 itu kemudian bertindak berjumpa dengan guru agama atau ustaz bagi meredakan kemarahan serta rasa putus asa dalam diri.

Sememangnya kerja-kerja mengislamkan seseorang ini bukanlah mudah dan Adam turut menceritakan ramai yang was-was untuk melakukan perkara itu. Antara yang dibimbangkan mereka adalah akan dibuang keluarga serta dipulau rakan-rakan jika menukar agama.

Selalunya, saya menasihati mereka yang berada dalam dilema agar ambil masa. Apabila sudah benar-benar bersedia, barulah kita teruskan dengan proses pengislaman. Mereka bimbang dibuang keluarga hingga keistimewaan yang diperoleh daripada keluarga terutama berkaitan kewangan ditarik balik.

Apatah lagi, semuanya dilalui sendiri. Namun, setiap kali lelah dan marah, Adam mengambil tempoh bertenang dengan berjumpa ustaz atau guru agama untuk mendapatkan motivasi.

“Apabila melakukan kerja-kerja mengislamkan orang, saya sentiasa sedia berdepan pelbagai jenis orang yang tidak berpuas hati dengan kerja saya.

“Ada kalanya, saya mengaku lelah dan marah kerana terpaksa menghadapi semua ini sendirian.

“Bagi meredakan kemarahan dan rasa putus asa, saya jumpa guru agama atau ustaz. Biasanya perasaan saya akan okay selepas duduk berbual dengan mereka.

“Biasalah, manusia tidak boleh tengok orang senang. Ada sahaja cara mereka untuk menumbangkan kita,” katanya yang setakat ini mengislamkan 20 saudara baharu.

– Adam Corrie

Adam berkata, kegiatan mengislamkan saudara baharu sudah lama dilakukan selepas memeluk Islam. Namun, Adam enggan menghebahkan kegiatan dakwahnya berikutan bimbang dianggap riak.

Tambahnya, ramai dalam kalangan individu yang berminat memeluk Islam menghubunginya melalui media sosial.

Bagaimanapun, ada antara mereka masih ragu-ragu dengan keputusan itu kerana bimbang dibuang keluarga dan rakan-rakan.

“Sebenarnya, banyak kali saya berdepan mereka yang was-was memeluk Islam. Mereka berminat tetapi bimbang dibuang keluarga atau dipulau rakan-rakan.

“Selalunya, saya menasihati mereka yang berada dalam dilema agar ambil masa. Apabila sudah benar-benar bersedia, barulah kita teruskan dengan proses pengislaman.

“Mereka bimbang dibuang keluarga hingga keistimewaan yang diperoleh daripada keluarga terutama berkaitan kewangan ditarik balik.

“Ini adalah ujian biasa bagi kebanyakan mualaf. Sebenarnya, Allah sengaja berikan ujian sedemikian untuk melihat sejauh mana kesabaran mereka.

“Apabila berdepan situasi seperti itu, saya menasihatkan saudara baharu agar menuntut ilmu fardhu ain dan buktikan kepada keluarga mereka dengan menunjukkan akhlak baik,” katanya.

– Adam Corrie

Adam mengaku ada keluarga yang mengambil tempoh lama seperti 10 tahun untuk menerima saudara baharu sebagai keluarga.

“Seorang wanita mualaf pernah mengadu, biarpun sudah berkahwin selama 15 tahun, ibu mentua masih tidak boleh menerima dirinya sebagai menantu.

“Apa saja yang dia lakukan, semuanya nampak salah di mata ibu mentua. Malah, ibu mentua enggan menikmati makanan dimasak kerana menganggap air tangannya haram.

“Tetapi dia tabah menghadapi ujian kerana sayangkan suami dan anak-anak demi Islam.

“Bagi saya, tindakan ibu mentua itu tidak wajar. Namun, wanita itu bersabar kerana menganggap itu adalah ujian yang Allah ingin beri kepadanya,”

– Adam Corrie

Tambah Adam, ada kes di mana individu mualaf tidak sabar dengan ujian lalu mengambil keputusan untuk keluar daripada Islam.

Namun, Adam berkata, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka biasanya tidak lagi berhubung selepas berjaya diislamkan.

“Kebanyakan daripada mereka murtad disebabkan dua perkara. Pertama, mereka tidak boleh terima ujian dan takut dibuang keluarga serta rakan.

“Nasihat saya kepada insan begini, pada peringkat permulaan, ujian dan dugaan adalah perkara biasa.

“Situasi sama seperti kita ingin mengurat wanita, bukan terus dapat. Perlu ambil masa untuk dia terima dan suka kita.

“Begitulah juga keluarga kita, sebab itulah saya kata, kita perlu tunjukkan akhlak baik agar keluarga terbuka hati untuk terima kita,”

– Adam Corrie

Adam berkata, ada mualaf memeluk Islam kerana hendak berkahwin.

“Hendak masuk Islam untuk berkahwin tidak salah. Cuma apabila niat peluk Islam disebabkan hendak berkahwin dan tidak lebih daripada itu, dia tidak akan pergi mencari ilmu atau belajar.

“Biasanya orang seperti ini susah dipujuk kerana tidak tahu apa niat sebenar mereka,”

– Adam Corrie

Adam bagaimanapun mengakui itu semua adalah ujian biasa yang akan dilalui seorang mualaf dan membayangkan itu sebagai ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran kita.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eskayvie Lancar Kempen KITA IKHTIAR, Tingkat Sistem Imun Badan dengan Eskayvie Diffenz

SAJAT

Mufti Mahu Sajat Cepat Bertaubat & Akur Dicipta Sebagai Lelaki