in , ,

Pernah Ditegur Haram Makan Pakai ‘Chopstick’, Adam Corrie Lee Bersuara

Umum mengetahui, pelakon tanah air, Adam Corrie kini sedang bergiat aktif dalam menyebarkan dakwah termasuklah kerap menyertai program-program berunsurkan islamik.

Perjalanan hidup Adam Corrie sebagai seorang pendakwah bukanlah sesuatu yang mudah. Hal itu kerana dia mengakui pernah diugut kerana telah mengislamkan lebih daripada 20 orang.

Bagaimanapun, dia menyifatkan perkara itu sebagai salah satu ujian biasa yang akan dilalui oleh seorang mualaf dan akan tetap berjuang dalam menyampaikan dakwah.

Selain diugut, pelakon filem KL Gangster itu turut mendedahkan dirinya pernah ditegur kerana masih mengamalkan budayanya yang seolah-olah dipandang haram di sisi agama Islam.

Hal itu selepas dia menggunakan penyepit makanan atau chopstick ketika menjamu selera dan terdapat segelintir masyarakat yang menggelarkan perbuatan itu sebagai haram.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, pelakon tersebut menyatakan penggunaan chopstick bukanlah haram dalam Islam dan ianya hanyalah budaya kaumnya.

Ambil yang positif. Hidup berbilang kaum. Makan guna ‘chopstick’ tak haram ya. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai ‘chopstick’. Haram katanya.

Selain itu, dia juga turut berkonsikan petikan dari Surah Hujurat ayat 13 yang mengandungi pelajaran bagi setiap muslim dan ia juga boleh diterapkan kepada seluruh manusia yang tidak beragama Islam.

Turut tunjukkan cara orang Cina Pakai Chopstick

Menerusi hantaran itu, Adam juga turut menyatakan bahawa penggunaan penyepit makanan ini adalah budaya yang diamalkan oleh masyarakat Cina.

Lebih menarik, pelakon itu juga turut menunjukkan cara mereka makan menggunakan penyepit jika makanan itu dihidangkan di dalam mangkuk.

Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna ‘chopstick’ laju-laju supaya nasi tak tumpah. Bukan sebab gelojoh. Bezakan antara budaya dan agama.

Tambahnya, dirinya mengakui akan makan menggunakan tangan jika makanan dihidangkan di dalam pinggan. Namun disebabkan dia mengunjungi restoran Cina muslim, maka penggunaan Chopstick adalah keutamannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rayuan Awie Ditolak, Ini Jumlah Ganti Rugi Yang Dia Terpaksa Bayar Kepada Bekas Isteri

Gandingan Mantap Aedy Ashraf & Amelia Henderson Dalam ‘KISAH CINTA KITA’