in ,

G-Dragon Artis Paling Ramai Pengikut di Instagram

Well… G-Dragon kot… satu nama yang cukup popular. Jika ada pertandingan selebriti Korea yang femes, sudah tentu GD akan masuk senarai. Tengoklah berapa ramai follower dia kat IG.

Penyanyi Korea yang juga salah seorang anggota BigBang,G-Dragon dinobatkan sebagai artis Korea yang mempunyai paling tinggi pengikut di laman Instagram iaitu sebanyak 16,234,310. G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong telah memuat naik lebih 2,000 posting sejak akaun itu dibuka pada tahun 2012. Tahniah GD!

G-Dragon

Menurut laporan Allkpop, sebelum ini anggota kumpulan EXO iaitu Chanyeol yang memegang status tersebut dengan pengikut seramai 16,200,590.

Bagaimanapun, pengikut anggota kumpulan Big Bang itu bertambah dengan pantas dalam masa satu hari sahaja.

Kebanyakan pengikut IGnya gemar melihat foto-foto yang dimuat naik oleh G-Dragon kerana ia agak berlainan berbanding artis Korea lain.

Walaupun G-Dragon sering merakamkan dan memuat naik foto-foto pelik namun mereka menganggap penyanyi itu mempunyai cita rasa unik dalam bidang fotografi.

Dengan jumlah pengikut sebanyak 16.2 juta menjadikan G-Dragon artis Korea pertama yang memiliki pengikut teramai.

Sementara itu, akaun rasmi G-Dragon tidak lagi aktif semenjak February lalu disebabkan dia kini sedang menjalani latihan ketenteraan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adam Corrie Lee Khatan Anak di Usia 5 Bulan

New Year Eve’s Glow in the Dark Glowtopia Festival