in ,

Ada Sebab Royale Chulan Penang Jadi Pilihan Pelancong

Inginkan satu kelainan dan keunikkan dalam percutian anda. Jom! Kita ke Hotel Royale Chulan Pulau Pinang & Cherating

Semasa trip ini, Budiey sempat melawat beberapa lokasi menarik di Pulau Pinang di mana lokasi tersebut memang belum pernah Budiey kunjungi. Inilah peluangnya untuk menerokai sesuatu pengalaman yang baharu. Untuk info, Budiey menginap di Hotel Royale Chulan Penang yang terletak di segitiga bandar Georgetown di mana setiap pengunjung yang datang menginap di sini pasti akan jatuh cinta tau? Yang seronoknya lagi, seorang selebriti dan juga pengacara nombor satu negara iaitu Datuk Aznil Nawawi juga turut bersama kami mengikuti trip ini. Memang happening dan meriah jadinya.

Trip Firefly Kuantan Penang

Seperti yang kita sedia maklum, Pulau Pinang sememangnya menjadi lokasi pelancongan yang utama di Malaysia. Tak kiralah pelancong asing ke, pelancong tempatan ke, Pulau Pinang mempunyai daya tarikan tersendiri. Budier sendiri dah lama tak bercuti di Pulau Mutiara ini dan peluang ini Budiey rebut untuk melihat pembangunan dan perkembangan pelancongan terbaharu kat sana. Antara tempat yang Budiey sempat singgah semestinya, Penang Street Art. Memang best untuk Instagrammer ambik gambar kat sini.

Trip Firefly Kuantan Penang

Selain itu ada beberapa lokasi lain yang berbaloi untuk dikunjungi termasuklah Rumah agam Cheong Fatt Tze, Clan Jetties, Kuil Kek Lok Si, Kuil Kuan Yin dan banyak lagi. 

Di Penang, Budiey menginap di Royale Chulan Penang yang terletak di Pengkalan Weld, George Town. Memang dekat sangat la dengan terminal feri Pulau Pinang. Dari hotel, Budiey dapat lihat Pelabuhan Pulau Pinang di mana kebanyakan kapal persiaran berlabuh. Suasana dan pemandangan sangat cantik. Nak nak masa senja berlabuh. 

Hotel ini dibuka pada 21 Mac 2014 dan diuruskan oleh Boustead Hotel & Resort Sdn Bhd dan dimiliki oleh Boustead Weld Quay Sdn Bhd.

Jika dulunya dikenali sebagai Royale Bintang tetapi kini lebih dikenali sebagai Royale Chulan dan ia terletak di antara lokasi paling strategik di kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Ia juga terletak berhampiran Pangkalan Feri Sultan Abdul Halim dan Penang Port Sdn Bhd dimana kita dapat melihat secara dekat kapal persiaran mewah berlabuh.

JIka dilihat struktur bangunan hotel ini merupakan bangunan warisan yang dibina pada tahun 1892 dan telah dibaik pulih bagi memiliki satu sentuhan klasik dan memiliki tarikan yang tersendiri.

Trip Firefly Kuantan Penang

Hotel Royale Chulan Pulau Pinang 180 bilik penginapan, empat restoran dan bar serta termasuk spa dan gymnasium dan bagi mereka yang suka akan rekabentuk dan keunikkan klasik terdapat tiga jenis pilihan bilik iaitu Superior Room, Deluxe Room dan Suite. 131 Superior Room (28sqm) / 23 Deluxe (37sqm) / 2 Corner Suite (sqm) / 5 Studio Suite (50sqm) / 6 Junior Suite (52sqm) / 3 Family Suite (56sqm) / 1 Penang Suite (57sqm) / 4 Executive Suite (67sqm) / 1 Boustead Suite (67sqm)/ 3 Deluxe Suite (68sqm) dan 1 Royal Suite (129sqm).

Royale Chulan Pulau Pinang menyediakan hidangan yang cukup melazatkan bermula dari sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Trip Firefly Kuantan Penang

Untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, Sri Tanjung Cafe yang dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 11 malam memenuhi selera anda sama ada secara ala carte ataupun bufet.

Bagi yang inginkan suasana eksklusif dan romantika di amor bolehlah pergi ke The Spice yang terletak ditingkat dua berhadapan kolam renang.

Turut terdapat Tea Room yang menyediakan Afternoon Tea citarasa teh sebenar dari Anna, 7th Duchess of Bedford sambil menikmati teh bersama ais krim, sandwiches dan kek dan ia dibuka dari jam 2 petang hingga 5 petang.

Heritage Lounge juga disediakan untuk tetamu yang dibuka dari jam 11 pagi hingga 12 tengah malam pada setiap Isnin hingga Khamis dan 11 pagi hingga 1 pagi pada setiap Jumaat, Sabtu dan cuti umum.

Poolside Bar pun ada dimana pengunjung boleh relaz sambil bersantai di tepi kolam renang yang dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 7 malam dan sajian alacarte disediakan dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Selain itu terdapat The Royale Spa dimana pengunjung boleh menikmati urutan Thai berserta aroma terapi ke seluruh tubuh badan agar lebih selesa dan ia dibuka dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

Gymnasium terdapat ditingkat dua yang dibuka dari jam 7 pagi hingga 10 malam kolam renang dan jakuzzi ditingkat dua yang dibuka dari jam 7 pagi hingga 8 malam dan terdapat bilik mesyuarat, persidangan dan lain-lain juga disediakan.

Trip Firefly Kuantan Penang

Melihat kepada keadaan bangunan dan struktur lokasi ini, ia sebenarnya menjadi warisan yang telah dibaik pulih dengan indah yang dibina pada tahun 1892. Ia pasti memberi suasana klasik dan sofistikated serta membawa keunikan tersendiri.

Hotel Royale Chulan Penang ni dahulunya dikenali sebagai Royale Bintang. Apa yang menariknya tentang hotel ini, ia terletak di antara lokasi yang paling strategik untuk anda menginap. Royale Chulan Pulau Pinang berada di tengah-tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang mana bakal memudahkan anda untuk bergerak ke lokasi-lokasi menarik di sekitar sini.

Trip Firefly Kuantan Penang

Terdapat tiga jenis bilik yang boleh anda pilih untuk menginap di sini iaitu ‘Superior Room’, ‘Deluxe Room” dan ‘Suite’. Untuk Suite pula terdapat pelbagai jenis mengikut kesesuaian dan citarasa anda. Antara Suite yang paling menarik perhatian ialah ‘Penang Suites’ di mana anda akan mendapat pemandangan terbaik di hotel ini.

Budiey tak merokok, jadi Budiey sangat suka dengan larangan merokok yang diberikan. Ada sebab dilarang untuk merokok di dalam hotel ini kerana ia dibina di zon bebas merokok. Dalam setiap bilik ada disediakan amaran dilarang merokok. Namun jika anda seorang perokok tegar jangan risau, kerana di luar hotel ini ada ruangan khas untuk anda merokok.

Semasa di Pulau Pinang, Budiey dapat perhatikan industri pelancongannya yang terus berkembang seiring dengan munculnya lokasi baharu yang menarik. Bercakap pasal lokasi pelancongan yang berdekatan dengan hotel ini, Budiey cadangkan korang pergi melawat lokasi yang menjadi satu kemestian ini. Antara tempat-tempat yang wajib anda lawati ialah Muzium Peranakan – 20-minit berjalan kaki, Fort Cornwallis – ½ jam berjalan kaki, Muzium Pulau Pinang – 45-minit berjalan kaki, Little India – 20-minit berjalan kaki, China Town – 20-minit berjalan kaki, Masjid Kapitan Keling – ½ berjalan kaki, Gereja St. Georges – 45-minit berjalan kaki dan Kuil Sri Mariamann – 20-minit berjalan kaki. Seperti yang Budiey kasi tau, korang tidak payah risau jika tinggal di hotel ini. Ini kerana lokasinya yang sangat strategik memudahkan anda bergerak ke lokasi-lokasi menarik sekitar sini.

Trip Firefly Kuantan Penang

Bertepatan dengan itu, hotel yang Budiey inap ini cukup gah walaupun bersepah hotel-hotel kat sini. Jumlah hotel juga semakin banyak di kota ini.

Walaubagaimanapun hanya terdapat beberapa hotel di sini yang dapat memberikan kemudahan dari segi lokasi ke pusat membeli-belah, tempat-tempat makan dan juga pusat pengangkutan. 

Trip Firefly Kuantan Penang

Walaupun kat Penang ni banyak tempat makan yang best-best, Budiey tetap nak rasa sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam kat hotel ni. Gerenti sedap dan terjamin kebersihan. Kat hotel ini ada Sri Tanjung Cafe yang menyediakan pelbagai hidangan secara buffet.

Bagi yang inginkan makan tengah hari atau malam yang lebih eksklusif dan romantik, boleh je menjamu selera di restoran The Spice yang berada di tingkat dua berhadapan kolam renang.

Kalau kat luar hujan atau cuaca buruk, jangan risau kita masih lagi boleh melakukan aktiviti di luar. Samada nak berenang kat kolam renang atau boleh juga bersenam di gym. Atau anda boleh memanjakan tubuh di The Royale Spa.

Bagi yang kaki bersenam pula jangan risau kerana gimnasium juga disediakan disini. Kesemua kemudahan ini disediakan di aras dua hotel ini.

 Tel : 604-2598888 Fax : 604-2501111

Layari: www.royalechulan.com


What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Trophy Knives Launched ‘Glass Ceiling’ With A Full-On Rocking New Album Release Show

Firefly Airlines Expands Its Network Route Directly Connecting Johor Bahru & Kota Bharu