in , ,

Aaron Aziz & Zara Zya Teraju Utama Drama Bersiri DAN CALONNYA ADALAH 2

Aaron Aziz

Portal video no.1 Malaysia, TONTON kembali dengan sambungan kepada siri original popular, ‘Dan Calonnya Adalah’ selepas kejayaan musim pertama pada Mei ini.

Musim pertama siri original Tonton ini dijayakan oleh barisan pelakon terkenal, Faralyna Idris dan Anding Indrawani, dibantu oleh Maria Tunku Sabri, Harris Alif, Anas Ridzuan, Amar Baharin dan pelakon Korea, Kim Jin Sung.

Untuk musim kedua, ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ dibintangi oleh pelakon popular Aaron Aziz dan Zara Zya sebagai watak utama. Drama komedi romantik 20-episod ini dijadualkan tayangannya di Tonton bermula 4 Mei 2015.

Aaron Aziz

Musim kedua mengikuti kisah Aris, seorang anak hartawan yang dipaksa ibunya untuk mencari jodoh. Aris sebenarnya mempunyai seorang teman wanita bernama Yasmin dan merancang untuk mengahwininya. Tetapi personaliti Yasmin tidak disenangi oleh ibunya, Datin Zana yang kemudiannya meletakkan satu syarat, di mana jika Aris ingin mengahwini Yasmin, dia perlu terlebih dahulu keluar dengan 12 wanita lain. Niat Datin Zana adalah untuk memberi Aris peluang menilai dan menyedari bahawa terdapat ramai lagi wanita lain yang lebih bagus daripada Yasmin untuk dijadikan isteri.

Siapakah yang berjaya menawan hati Aris dan ibunya?

Jenama produk penjagaan dan penataan rambut premium, Ma Chérie tampil sebagai penaja utama ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’. Ma Chérie bersama Tonton telah menganjurkan peraduan atas talian ‘Pencarian Gadis Ma Chérie’ dari 24 Disember 2014 sehingga 1 Februari 2015, bertujuan untuk mencari seorang calon ideal yang boleh mewakili Ma Chérie serta berbakat dalam bidang lakonan. Pemenang akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta produk Ma Chérie dan Za bernilai RM2,500, dan peluang membintangi ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ bersama Aaron Aziz dan Zara Zya.

Para peserta dikehendaki menghantar penyertaan mereka mengikut tiga watak lakonan iaitu Diva, Garang dan Gembira. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan malah ramai yang memenuhi kriteria asas yang dicari. Pemilihan berdasarkan undian online (30%) di laman www.tonton.com.my/dancalonnya dan penilaian juri (70%) yang terdiri daripada pihak Ma Chérie, Media Prima Digital dan Double Vision (produksi).

Barisan panel juri telah memilih beberapa orang calon yang berpotensi tinggi. Walaubagaiamanpun, mereka mendapati Cik Wan Anisa Binti Rodzlan Hasani adalah yang paling layak dan sesuai untuk mencapai objektif Ma Chérie iaitu untuk mencungkil bakat baru dan menjadikan impian seorang gadis menjadi kenyataan.

Pemenang untuk ‘Pencarian Gadis Ma Chérie’ ini juga dikenali sebagai Nisha Rodzlan, berumur 21 tahun berasal dari negeri Kelantan. Kebetulan pula, Nisha sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang teater di ASWARA (tahun kedua). Peluang ini akan membawa banyak kebaikan untuk dirinya. Nisha bakal menjalani sesi latihan bersama jurulatih drama terkemuka, Puan Fatimah Abu Bakar. Sesi dandanan akan diadakan pada keesokan harinya. Impian akan menjadi kenyataan buat Nisha dan ini selaras dengan tema Ma Chérie iaitu sebuah impian, jenama menarik yang memberikan kemanisan pada hidup anda.

Daftar akaun Tonton secara percuma menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android dan iOS) untuk menyaksikan siri original Tonton, ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ pada bila-bila masa di mana jua. Ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter dan Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Anugerah MeleTOP ERA 2015 Trending di Youtube Malaysia

Betul Ke Ayda Jebat Rimas Dengan Izzue Islam?