in , ,

Aaron Aziz Sedih Setelah Baca Laporan Dirinya Dikatakan Jadi Salah Satu Punca Penceraian

Tidak dinafikan masalah rumah tangga semakin meruncing ketika pandemik Covid-19 apabila ada yang berdepan masalah kewangan sehingga mengakibatkan perkahwinan musnah.

Pelakon popular Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa sedih setelah membaca laporan sebuah akhbar yang menyatakan dirinya menjadi salah satu punca kes penceraian yang berlaku.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram, Aaron turut mendoakan agar pasangan yang berpisah disebabkan dirinya agar dapat kembali rujuk semula demi anak-anak.

“Ya Allah… saya baca ini, saya berasa sedih… saya sama juga dengan suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia.

“Abang harap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah. #Jangankecamabang #Abangtakbersalah #Perkarayangabangtidakinginberlaku,”

– Aaron Aziz
Aaron Aziz Sedih Setelah Baca Laporan Dirinya Dikatakan Jadi Salah Satu Punca Penceraian

Sebelum ini, sebuah akhbar telah melaporkan beberapa faktor menjadi alasan perceraian pasangan suami isteri antaranya permainan dalam talian PUBG, produk bekas makanan dan Aaron Aziz.

“PUBG, Tupperware, Aaron Aziz, antara alasan cerai,” tulis tajuk di artikel tersebut yang disiarkan pada Jumaat.

Baru-baru ini, Utusan ada mengeluarkan laporan mengenai kes perceraian dimana mengikut rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), sejumlah 86,468 kes perceraian berlaku dari awal tahun 2020 hingga Oktober 2021.

Apa yang mencari perhatian, menerusi laporan berkenaan, isteri terlalu meminati Aaron Aziz menjadi salah satu punca kes perceraian pasangan Islam di Malaysia. 

Angka tersebut sekaligus menjadikan sebanyak 212,080 kes direkodkan kes tuntutan cerai di seluruh Malaysia dalam tempoh empat tahun dari 2018 hingga 27 Oktober 2021.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Rai Penyambungan Semula Penerbangan Sulung ke Phuket

OHSEM LEJEN Slot Terbaharu di Awesome TV Menayangkan Filem Klasik Nostalgia