in , ,

Lakonan Mantap Aaron Aziz dalam Drama Bersiri Evolusi KL Drift

Evolusi KL Drift Versi Drama Bersiri Temui Penonton RTM Mulai Oktober Ini

Kehebatan plot dan aksi filem Evolusi KL Drift diteruskan kali ini menerusi drama bersiri 26 episod menggunakan tajuk sama, Evolusi KL Drift yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Drama rantaian terbitan syarikat produksi tersohor milik Datuk Yusof Haslam, Skop Productions Sdn Bhd menemui penonton mulai 4 Oktober 2012, setiap Khamis, jam 9.00 malam menerusi saluran TV2 ini mengangkat babak-babak menarik berkaitan sukan permotoran drift yang menjadi kegilaan orang ramai terutama di kalangan remaja.

barisan pelakon dan pengarah drama bersiri Evolusi KL Drift

Dibintangi Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana, Zain Saidin, Zach (X-Factor), Ridzuan Hashim dan Ammar Alfian Aziz, ia turut diserikan dengan penampilan khas pelakon Aaron Aziz yang membawakan watak antagonis bersama Norman Hakim.Evolusi KL Drift adalah paparan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti membawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara diterajui dua watak utama Zack dan Sham, dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta drift.

poster Evolusi KL Drift

Kelazimannya bidang perlumbaan kereta drift didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopoli itu dan menjadikannya sebagai hobi yang dikira ‘daring’ dan agresif.

Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjerumuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.

Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lagir cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasaan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack.

Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl rasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta drift ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.

Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara Zack dan Joe mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yang dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.

Kongsikan babak dan aksi-aksi menarik dan penuh mencabar ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aaron Aziz di Sidang Media Fear Factor Selebriti Malaysia

Pemenang Petrosains National Science Show Competition 2012