in , ,

Respon Win Siti Nurhaliza Kepada Aliff Syukri Buat Ramai Terhibur

Respon balas Tokti kepada Aliff Syukri berhubung status penyanyi no 1 ternyata menarik perhatian netizen.

Sejak kebelakangan ini, nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sering menjadi perhatian orang ramai ekoran kontroversi video teaser lagu raya terbaharunya ‘Cak Cun Cak Raya’.

Video tersebut bukan hanya menarik perhatian ramai malah turut mendapat respon ibunya sendiri iaitu usahawan terkenal, Bonda Rozita.

Terbaharu Aliff sekali lagi mencuri perhatian netizen. Namun kali ini ianya turut melibatkan penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Respon Win Siti Nurhaliza Kepada Aliff Syukri Buat Ramai Terhibur

Semuanya gara-gara satu komen yang ditinggalkan usahawan sensasi itu di satu muat naik Siti Nurhaliza di Instagram.

Menerusi hantaran itu, Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan panggilan Tokti telah berkongsi satu video di mana dia sedang mempromosikan produk tudung jenama miliknya.

Namun Aliff tidak melepaskan peluang untuk memuji penampilan penyanyi tersohor itu di Instagram. Dia bagaimanapun sempat menyelit untuk memaklumkan bahawa dia adalah penyanyi no 1 negara.

“Cantiknya awak idola saya. Awak kenal saya tak, Artis No 1 ni,” tulis Aliff pada ruangan komen.

Apa yang mengejutkan Tokti kemudiannya membalas komen tersebut dengan menulis, “Mestilah kenal awak penyanyi No 1, saya kat belakang awal ye,” disertai emoji ketawa.

Respon ‘win’ Tokti ternyata menarik perhatian netizen. Majoriti dilihat terhibur dengan jawapan ringkas dan santai dari penyanyi ternama itu.

Malah ramai menyifatkan Tokti seorang yang merendah diri walhal seluruh Malaysia tahu beliau adalah penyanyi yang paling dikagumi di Malaysia.

Bahkan beliau langsung tidak pernah mengakui dan menggelar dirinya sebagai Penyanyi No 1 Negara meskipun ramai berpendapat sedemikian.

“Nombor syatuuuu pastinya”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aaron Aziz Minta Sharnaaz Jangan Masuk Campur Isu Dengan Syamsul

Shopee Jackie Chan

Jackie Chan Ke Malaysia Tahun Depan Untuk Shooting Filem