in ,

Rizal Tersingkir dari Akademi Fantasia dan Gimik Yang Sarat Yang Merimaskan

Saya kira, ada dua sebab Rizal mengikut jejak langkah Dekna. Pertama, penyokong pelajar lain terlalu kuat. Kalau nak dikira dari segi prestasi yang rendah, rendah lagi prestasi Aswad.

Masa dalam Dewan Sivik, sejurus selepas nama Rizal disebut, ada perempuan di sebelah saya berbisik, “Rizal terkeluar ni sebab terkena badi Dekna la nih.” Ya rabbi, tak pasal-pasal Dekna lak yang kena. Apa ke hel? Mentang-mentang depa berdua ni pernah digossip. “Bukan la kak, Rizal terkeluar sebab undian SMS dia rendah. Dah takdir suratan dia, nak buat macamana. 

Saya kira, ada dua sebab Rizal mengikut jejak langkah Dekna. Pertama, penyokong pelajar lain terlalu kuat. Kalau nak dikira dari segi prestasi yang rendah, rendah lagi prestasi Aswad.

Tetapi mengapa Aswad tidak keluar. Sebab penyokong dia kuat. Terbukti Kelab Peminat Aswad sedang pesat membangun. Kedua, selain graf persembahan mendatar, Rizal seakan hilang fokus.

Antara mahu menjadi pelakon atau penyanyi. Saya rasa, Rizal sesuai jadi pelakon. Tidak diragui, sudah ramai pengarah yang menunggu masa untuk menyambar Rizal setelah tersingkir.

Entah-entah hari ni dah kena terkam… dapat berlakon filem. Memang masin betul mulut Kudsia Kahar yang terlepas cakap pasal kedudukan Rizal yang tercorot. Ironinya, lagu That Thing You Do yang dinyanyikan oleh Rizal ialah persembahan terbaik Rizal setakat ini.

Terbukti, hampir semua pengkritik menyalakan butang biru. Jadi, saya kira Rizal keluar dengan bermaruah. Sekurang-kurang ada juga yang boleh dibanggakan.

Heliza antara yang tercantik dari segi fesyen dan penampilan pada malam itu. Tapi malangnya hanya mendapat satu lampu biru sahaja. Namun, saya masih terkilan kerana Heliza masih dikritik meniru suara dan lenggok Datuk Siti Nurhaliza. Malah ton mereka berdua hampir sama.

Apa lagi yang Heliza boleh buktikan selepas ini saya pun tidak mengagak. Alangkah bagusnya Heliza dilahirkan sebelum Siti Nurhaliza. Maka, Siti Nurhaliza juga pasti akan dikritik kerana memiliki tone suara seperti Heliza.

Kembali kita berbicara pasal konsep program ini. Setelah minggu lalu, kita lihat konsert yang suram, tidak bermaya, maka minggu ini datanglah teori-teori team produksi yang sangat kreatif bagi membangkitkan selera penonton. Setelah dikritik konsert minggu lalu masih hambar, tiada kreativiti, persembahan yang tidak meningkat dan masih ditakuk lama. 

Kini, datang pula idea yang berlonggok-longgok dalam satu masa. Habis, minggu depan nak buat gimik apa lagi?

Hairan bin Ajaib saya rasa. Terasa idea-idea yang terlalu banyak dihimpunkan dalam satu konsert. Gimik-gimik seperti mempertemukan pelajar dengan bintang dianggap klise dan satu idea lapuk.

Pada sesetengah orang, mungkin satu idea yang boleh menceriakan dan menaikan semangat pelajar. Itu betul. Setiap tahun itu sahaja ideanya. Penonton sudah jemu dengan idea-idea sebegitu.

Lalu, sebagai penawar, dibawanya konsep cowboy, disuntik fesyen country, diusung kanak-kanak junior bagi mewakili pelajar, dijemput bintang-bintang popular baru dan lama, dibuatnya macam satu anugerah. Konsep dan imej cowboy yang ditampilkan memang gempak. Lari dari kebiasaan.

Tidak pernah diadakan sebelum ini walaupun seingat saya, Salima pernah diberikan konsep sebegini di satu persembahannya. Tampak buruk kerana perempuan bertudung seperti Salima dipakai pula topi cowboy. Namun, Jasmi setakat ini memberi satu sentuhan menarik. Jarang kita dengar orang tak puas hati pasal pemakaian.

Berbanding dengan musim lalu di mana pasti ada pakaian yang tak sesuai. Tapi dalam kata pakaian kali ini OK… ada juga yang mempersoalkanl mana datang dan pakaian itu dibelinya dekat kedai mana. Saya ada terbaca, pakaian untuk konsert ini ada yang dibeli di Thailand. Murah katanya.

Tapi semua itu saya tak kisah sangat. Yang penting, konsep untuk pengenalan dah kira OK. Maka, OK lah kaedahnya.

Manakala, pengkritik diberi lampu biru yang perlu ditekan seandainya mereka suka dengan persembahan pelajar. Format macam ini sepatutnya diterapkan pada awal minggu lagi. Pelajar dapat merumuskan dengan melihat rating yang diberikan oleh pengkritik.

Saya percaya, penonton di rumah juga ikut tertawa dengan gelagat kanak-kanak yang didatangkan sebagai mewakili pelajar. Suka tengok budak-budak yang comel meneriak afundi dan tagline bagi pelajar.

Macam perlawanan bola sepak pula saya tengok. Kan, masa perlawanan bola sepak, pemainnya diiringi dengan kanak-kanak masa nak masuk padang. Tak cukup dengan itu, Aznil pun ada dibawa juniornya sekali.

Saya pernah lihat kanak-kanak petah berbicara yang bernama Haziq itu di rancangan Macam-Macam Aznil. Kalau tak silaplah, budak ni memang ada gaya nak jadi pelawak. Kelakar habis. Kami yang ada di dewan memang pecah perut melihat telatak budak-budak tu berlawan dengan seniornya. Memang ada bakat.

Bercakap pasal konsep minggu ini, setiap pelajar didatangkan ikon-ikon dan bintang dalam industri. Tidak kira, senior, veteran, yang sudah expired, termasuk juga yang masih segar dan hangat di pasaran.

Datangnya mereka ini bukan dengan tangan kosong. Datang mereka bersebab iaitu untuk memberi kata-kata nasihat dan perangsang. Satu idea yang bijak dan bersebab. Penuh suku dewan Sivik dengan selebriti jadinya.

Saya suka tengok reaksi Shawal yang menelan air liur apabila dibawakan Erra Fazira. Kak Girl a.k.a Rahimah Rahim juga sanggup diterbangkan dari Singapura untuk memberi semangat buat Candy. Berkesan atau tidak?

Saya rasa kesemua pelajar mengambil kata dan cuba memberikan yang terbaik. Persembahan Candy tidak kurang hebat walaupun gerakan nampak bersahaja. Sebaliknya, itulah satu persembahan yang jujur.

Cuma satu, konsep macam anugerah tu. Ada pro dan kontranya. Dibuat gaya macam anugerah, apa motif dan tujuan sebenar. Apakah sekadar nak buat penonton ketawa dengan senarai calon-calon? Kelakar memang kelakar sebab ada unsur lawak yang ada trigger.

Pada saya, dibuat konsep anugerah main-main macam ini akan membuat pelajar diberi gambaran, selepas keluar AF nanti…. ooo bukan main lagi aku nanti popular dapat jadi bintang dan dijemput berucap di anugerah-anugerah besar.

Semakin lama pelajar disogokkan dengan benda-benda khayalan dan fantasi begini membuat mereka lupa diri mereka, lupa tujuan asal masuk akademi dan mereka akan terus perasan mereka sudah bagus dan tidak perlu bersusah payah nak belajar lagi.

Berhenti setakat itu, coretan saya pada konsep konsert malam tadi. Saya belum lagi merencana untuk menulis komen tentang persembahan pelajar satu persatu. Ternyata, ada yang meningkat, ada yang kreatif, ada yang berani, ada yang masih ditakuk lama, dan ada yang sudah menunjukkan taring.

Apa yang saya terkilan, persembahan Ebi tidak jauh seperti persembahannya pada minggu sebelum ini. Malah, grafnya menurun. Cuma saya suka dengan rambut Ebi yang sudah pun direvamp dengan menggunakan teknik rebonding? Sekurang-kurang adalah juga yang mendengar kata-kata peminat yang menyuruh rambut Ebi dipotong. Rimas, kata mereka. Yang terbaik malam tadi ialah Candy, Shawal dan Mila.

Shawal tampil dengan imej rock yang saya rasa tidak kesampaian. Gaya rocknya sudah ada. Tapi saya tidak nampak sebarang momentum atau klimaks dalam persembahan Shawal. 

Suara Shawal sengaja diserakkan agar serasi dengan lagu daripada kumpulan Wings ini. Satu percubaan yang saya rasa hampir berjaya. Masih banyak yang perlu diperbaiki terutama pada minit-minit terakhir lagu ini yang memerlukan energi yang lebih lagi.

Saya minta maaf kerana ulasan saya kali ini agak berserabut dan tidak tersusun. Keseluruhan konsert malam tadi menghiburkan saya. Hahaha… ye la. Kita ke konsert untuk berhibur. Jadi, kalau pulang dengan hati yang tidak berhibur, apa gunanya? Ada orang pulang dengan hati yang sakit dan geram. Macam sia-sia saje pergi tengok konsert.

Tapi saya seronok dan puas hati sebab ada pengurus artis ajak ke bilik artis-artis bersarang dan bersantai sebelum konsert bermula. Kat situ saya bertemu pengkritik lama, Kudsia Kahar, ada Yanie, ada Erra, ada Nikki, ada Farid Kamil, ada dramtis Jalaludin Hassan dan ramai lagi lah.

Walaupun tak dapat ambil foto mereka, tapi tak pela. Masa tu saya rasa macam takde adab dan tak sesuai ambil gambar selebriti kat dalam bilik tu… mmm… apa-apa pun seronok gak la tengok depa ni bersiap-siap sambil makan-makan sebelum konsert.

Pada pendapat anda, apa yang membuat persembahan pelajar dikatakan bagus? Adakah pengaruh lagu? Adakah pengaruh penataan cahaya? Adakah suara yang bersesuaian dengan lagu? Atau macamana?

 Baca ulasan lain:

  1. Fanatik Dafi yang telah menemui kereta Daf1
  2. Klubbkidd yang berjaket putih malam tu
  3. Sultanmuzaffar
  4. Ulasan Pengurus Diddy
  5. Hanya untuk Candy
  6. Komentar dari seorang Penglipur Lara
  7. Reporter Juan Danza
  8. Kepada pengulas, sila berikan link anda untuk diletakkan di sini. Terima kasih banyak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem JANGAN PANDANG BELAKANG Catat Sejarah

Ferhad, Dayang, Yusof Haslam & Minggu Setiausaha