in , ,

Pembabitan Ira Kazar Dalam Perang Dingin di Awesome TV Dipersoalkan

Tular Di Media Sosial, Pembabitan Ira Kazar Dalam ‘Perang Dingin’ Siaran Awesome Tv Dipersoalkan. Telemovie arahan Wan Saiful Shahrizan turut menyaksikan gandingan hebat Ain Edruce, Ammar Titan, Sharifah Shahirah dan ramai lagi

Awesome TV terpanggil untuk membuat kenyataan mengenai artikel yang baru-baru ini tular mengenai pembabitan pempengaruh media sosial, Faghirah Fatini Binti Kazaruddin atau lebih dikenali dengan nama Ira Kazar dalam sebuah telemovie terbitan Red Bean Production yang disiarkan di platform Awesome TV sebelum ini.

Untuk makluman, telemovie berjudul ‘Perang Dingin’ yang diarahkan oleh sutradara Wan Saiful Shahrizan itu telah ditayangkan pada bulan September 2020.

Poster Perang Dingin

Naskhah tersebut membariskan gandingan pelakon-pelakon hebat seperti Ain Edruce, Azizul Ammar @ Ammar Titan, Sharifah Shahirah, Kazar Saisi, Haeriyanto Hassan, Zila Bakarin dan ramai lagi. Ira Kazar juga telah membuat penampilan khas dalam naskhah tersebut sebagai bekas kekasih pelakon utama. 

Datin Ezzan Profile Pic
Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli 

Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV berkata“Melihat kepada sejumlah artikel yang ditulis terutamanya di laman-laman blog hiburan tanah air baru-baru ini mengenai pembabitan Ira Kazar dalam sebuah telemovie yang ditayangkan di platform Awesome TV, wajar kiranya kami membuat kenyataan rasmi untuk menjelaskan dengan lebih lanjut akan hal ini seterusnya mengelakkan Awesome TV daripada terpalit atau dikaitkan dengan isu kemelut rumahtangga beliau yang kini sedang hangat diperkatakan. 

‘Perang Dingin’ yang merupakan idea asal pengacara versatil, Issey Fazlisham itu pertama kali disiarkan di Awesome TV pada bulan September 2020. Sama ‘treatment’ seperti karya-karya sebelum ini, ‘team’ produksi ‘Perang Dingin’ menggunakan pendekatan serupa dalam memastikan kejayaan naskhah ini di mana pemilihan pelakon, plot penceritaan, skrip yang kuat, pelan pemasaran serta publisiti perlu bergerak seiring.

Pembabitan Ira Kazar dalam naskhah tersebut dibuat berdasarkan kepada status beliau sebagai salah seorang pempengaruh media sosial yang agak popular ketika itu dan dilihat memiliki potensi untuk digilap ke peringkat seterusnya. Sebagai pendatang baru dalam industri, ketika itu tiada sebarang isu sensasi dikaitkan dengan beliau, justeru sama seperti muka-muka baru yang lain, kehadiran beliau dalam naskhah ini diraikan ‘team’ produksi ‘Perang Dingin’. 

Memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kemelut ‘tiga segi’ yang melanda Ira Kazar bersama suami; pengarah / penerbit tersohor negara, Syamsul Yusof dan isteri pertama beliau, Puteri Sarah Liyana, Datin Ezzan menambah, “Kami mendoakan yang baik-baik sahaja untuk keluarga ini. Kami yakin masing-masing mampu mencapai kata sepakat dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini, Insya Allah.” 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

myairline

Selepas Sibu, MYAirline Merasmikan Penerbangan ke Tawau, Sabah

DIDI FRIENDS

Didi & Friends The Movie Beri Kejutan di Pawagam 23 Februari Ini