in

8TV Siar Rancangan X-Factor

Mencari Faktor X X-klusif’ di 8TV

TAYANGAN PERDANA MALAYSIA
MASA SIARAN: 14 September & 15 September 2012
HARI: Setiap Jumaat & Sabtu
MASA: 10.00 malam & 10.30 malam
BAHASA: Inggeris

Rancangan realiti nyanyian terhangat kini kembali! Menawarkan hadiah utama berupa sebuah kontrak rakaman bernilai USD $5 juta, rancangan realiti pertandingan nyanyian terhangat “X-Factor” kembali untuk musim ke-2!

X-Factor merupakan pertandingan nyanyian untuk mencari bakat baru yang lengkap dengan pakej yang sempurna – memiliki suara yang lunak dan merdu, rupa paras yang menarik, personaliti yang memukau, kebolehan untuk bergerak diatas pentas dan juga menghafal gerak tarian dengan mudah, memiliki aura diatas pentas dan sebagainya.

Para peserta dibahagikan kepada 4 kategori dalam rancangan terbaru yang dijamin akan menggamatkan suasana sesiapa yang menontonnya. Kategori tersebut adalah perempuan di bawah umur 12 hingga 20 tahun, peserta lelaki 12 hingga 29 tahun, individu melebihi umur 30 tahun dan kategori kumpulan.

Rancangan X-Factor membariskan 4 juri yang prolifik serta terkenal dengan bakat masing-masing. Antara juri-juri tersebut adalah seorang bekas juri American Idol, Simon Cowell yang terkenal kerana sikapnya yang suka melemparkan kritikan pedas dan penerbit muzik terkenal L.A Reid. Musim baru ini juga menyaksikan kemunculan dua jelitawan yang duduk di kerusi juri menggantikan Paula Abdul dan Nicole Scherzinger. Mereka adalah penyanyi pop terkenal Britney Spears dan gadis Disney Demi Lovato.

Kemunculan pelbagai program realiti yang disiarkan di televisyen, program realit X-Factor boleh disifatkan sebagai suatu program yang segar kerana konsep dan format yang diketengahkan cukup asli. Rancangan ini yang akan disiarkan secara langsung akan mempamerkan aksi-aksi para peserta ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran dan keperitan dalam mengejar impian mereka. Turut serta untuk menyerikan program yang padat dengan hiburan ini adalah dengan kehadiran pengacara Steve Jones yang kacak serta memiliki personaliti menarik yang pasti mencuit hati anda.

“X-Factor kembali untuk musim ke-2! Menariknya program realiti hangat ini akan diserikan dengan kemunculan dua juri baru yang cukup terkenal di serata dunia. Ya, Britney Spears dan Demi Lovato akan bersama dengan X-Factor musim ke-2 ini selaku juri!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

Pastikan anda bersedia di hadapan kaca televisyen masing-masing untuk Tayangan Perdana di Malaysia selama dua malam berturut-turut pada 14 September 2012 (Jumaat) jam 10.00 malam dan pada 15 September 2012 (Sabtu) jam 10.30 malam. Rancangan reality ini akan menemui penonton setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.00 malam dan 10.30 malam eksklusif di saluran hip 8TV.

Rancangan X-Factor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

P1’s 4G Broadband Officially Serves Sabah

Peraduan Bercuti Ke Bandung Bersama Judika & Budiey