in

Peraduan Bercuti Ke Bandung Bersama Judika & Budiey

Salam semua, seperti mana Budiey war-warkan di Twitter dan Fanpage Budiey.com sebelum ini, Budiey dengan kerjasama Sony Music Malaysia mahu membawa sepasang pembaca blog budiey.com untuk bercuti sambil menonton konsert penyanyi Judika di Bandung.

Mahu tak? Jika anda mahu, jom sertai peraduan ini. Budiey kira senang je nak join peraduan ni. Tak susah sangatlah. Buat video parody je.

Okay, untuk menambah rasa keterujaan anda tu, Budiey senaraikan dulu senarai hadiah yang korang akan dapat untuk peraduan ini.

Judika

Senarai Hadiah Peraduan Bercuti Ke Bandung Bersama Judika & Budiey.com:

HADIAH UTAMA
1 X Percutian Ke Bandung selama 3 Hari 2 Malam untuk 2 orang sambil menonton Konsert Judika
2 X Tiket Masuk Ke Parti Ulangtahun Budiey.com Yang Ke-6
*Tiket penerbangan dan penginapan di hotel ditaja oleh Sony Music. Perbelanjaan harian dan makan minum dan wang membeli belah ditanggung sendiri oleh pemenang. Sila pastikan anda mempunyai passport antarabangsa sendiri.

HADIAH SAGUHATI
10 X Album Terbaru Judika yang ditandatangani oleh Judika & Goodie Bag sumbangan Budiey.com

Untuk menyenangkan lagi korang buat video paraody anda tu, boleh juga rujuk kepada muzik video rasmi lagu Judika – AKU YANG TERSAKITI di Youtube ini:

Cara Untuk Menyertai Peraduan Ini:

Tak susah dan tak senang. Sebab apa yang anda perlu buat ialah:

1. Rakam Muzik Video Lagu Judika iaitu AKU YANG TERSAKITI dalam bentuk video parody dengan durasi penuh mengikut selera dan kreativiti anda sendiri. Tak perlu nak tiru sebijik macam video rasmi Judika kat Youtube nih, sebab korang bebas nak letak apa sahaja, nak miming sendiri pun boleh, nak buat tarian Gangnam Style pun boleh (sesuai ke? hahaha) atau apa sahajalah termasuk masukkan effect atau gimik untuk menjadikan video anda ni menarik.

3. Sila letak hashtag pada tajuk video anda: #PeraduanBudiey.com. Contoh tajuk: Aku Yang Tersakiti Versi Gangnam Style #PeraduanBudiey.com

2. Upload video rakaman anda itu ke Youtube dengan menggunakan akaun anda sendiri.

3. Promote video anda itu di laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Ajak semua rakan-rakan untuk menonton video tersebut. Ini kerana pemenang utama berdasarkan pada jumlah penonton paling ramai. Lagi ramai, lagi bagus.

4. Sila emelkan penyertaan anda beserta dengan link video di Youtube anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

10 Oktober 2012

Tarikh Bertolak Ke Bandung:

31 Oktober – 2 November 2012

Tajuk Email: Peraduan Bercuti Ke Bandung Bersama Judika & Budiey

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Keputusan juri adalah muktamad.
  4. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan bertangguh lagi, jom hantar penyertaan anda sekarang!

Kepada anda yang tak kenal Judika, beliau sebenarnya adalah pemenang tempat kedua Indonesian Idol musim kedua pada tahun 2005.

Judika kini berusia 34 tahun dan telah pun melahirkan 3 buah album iaitu Seri Cinta (2005), One (2007) dan Setengah Mati Merindu (2010).

Melalui album ketiga ini, Judika mempertaruhkan single berjudul Setengah Mati Merindu sebagai single pertama beliau dalam album ini.

Namun peminat-peminat di Malaysia lebih memilih lagu AKU YANG TERSAKITI sebagai lagu pilihan.

Kalau korang perasan, lagu ini juga amat ligat berputar di radio-radio tempatan terutamanya stesen ERA FM dan telah memasuki carta ERA 30.

Terima kasih kepada Sony Music Malaysia kerana sudi menaja penerbangan dan penginapan Budiey & pemenang peraduan ini.

Video Pertama Yang Budiey Terima:

UPDATED: Hari ini, 11 Oktober, tarikh tutup untuk peraduan ini dah pun tamat dan peserta peraduan ini yang mengumpulkan penonton (views) paling banyak akan menerima hadiah.

Tahniah buat Mista Hery kerana telah berjaya menarik seramai 764 orang penonton. Dengan ini beliau akan terbang ke Bandung bersama Budiey, Adifashla untuk menonton Konsert Judika di Bandung.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

8TV Siar Rancangan X-Factor

Pelancaran Produk Terbaru MAY Diamond Dazzle