in ,

TV2 Siar Filem Animasi Hollywood Sepanjang Jun

TV2 Siar Filem Animasi Hollywood Sepanjang Musim Cuti Sekolah Mulai Jun 2011

Musim cuti persekolahan pasti dinantikan setiap orang yang ingin menghabiskan musim libur untuk beristirehat bersama keluarga tercinta. Meskipun masih ada yang belum merancang untuk bercuti ,tetapi ingin beristirehat di rumah, Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) sedia menghidangkan program-program menarik khas cuti sekolah buat tontonan seisi keluarga.

Bagi menceriakan minggu percutian dan memenuhi masa anda, TV2 tidak akan mengecewakan penonton dengan menayangkan filem – filem animasi popular dari Hollywood ini yang bakal ditayangkan mulai 1 Jun 2011 menerusi slot School Break Special antaranya Tarzan, Kim Possible Movie : So The Drama, Pocahontas, Brother Bear 1 & 2, dan The Jungle Book. Filem – filem animasi dongeng ini amat popular kerana diadaptasi daripada buku cerita kanak –kanak dan ditranskripsikan kepada rancangan TV terbitan Walt Disney.

brother bear

Slot popular School Break Special akan menemui penonton dan disiarkan berturut- turut mulai 1 Jun 2011 dengan filem animasi Tarzan (1 Jun,jam 10.30 pagi ), Kim Possible Movie : So The Drama (2 Jun jam 10.30 pagi ), Pocahontas ( 6 Jun, jam 10.00 pagi ), Brother Bear (7 Jun, jam 10.00 pagi ), Brother Bear II ( 8 Jun, Jam 10.00 pagi ) dan The Jungle Book pada 9 Jun jam 10.00 pagi di TV2.

Kim Possible Movie dengan tajuk So The Drama ditayangkan mulai 2 Jun, jam 10.30 pagi mengisarkan tentang Kim supahero perempuan yang memiliki kekuatan yang luar biasa telah jatuh hati pada seorang budak lelaki bernama Eric yang bakal menjadi teman lelakinya. Namun, tanpa disedari rakan baiknya Ron telah menentang hubungan mereka dan mahu membina perasaan minatnya kepada Kim.

Pocahontas merupakan filem animasi yang popular pada tahun 1995 arahan Mike Gabriel dan Eric Goldberg berkisar tentang pengembaraan seorang gadis yang berasal dari suku kaum penduduk asli Amerika yang bercinta dengan seorang tentera inggeris ketika menceroboh tanah jajahan Ingegris Virginia abad ke – 17. Perkenalkan Irene Bedard sebagai Pocahontas dan Mel Gibson dalam Pocahontas menerusi School Break Special pada 6 Jun, jam 10.00 pagi di TV2.

anime_pocahontas3

Seterusnya, Brother Bear adalah filem animasi yang berkisar tentang kelompok kehidupan beruang di sebuah daerah yang dipelihara. Keluarga beruang ini yang dianggotai oleh saudara bernama Kenai, dan Denahi. Mereka diburu oleh seekor anak harimau bernama Koda. Brother Bear II menyusur pada esok harinya yang bersiar pada 8 Jun, jam 10.00 pagi dan kali ini rakan lama Kenai memerlukan bantuan bagi melindungi keluarganya daripada serangan Koda. Animasi Brother Bear dan Brother Bear II memperkenalkan suara pelakon Hollywood terkenal Joaquin Phoenix sebagai Kenai dan Jeremy Suarez.

Selepas itu menyusur pula The Jungle Book II yang sudah pasti menceriakan penonton kerana siri ini amat popular dikalangan kanak – kanak yang meminati cerita penggembaraan dan muzikal yang menceriakan. Ia berkisar tentang kanak – kanak bernama Mowgli yang hilang di sebuah hutan besar akibat melarikan diri daripada lelaki yang memburunya di sebuah perkampungan di hutan itu. Mowgli berkawan dengan binatang-binatang dan menjadi budak yang liar. Memperkenalkan Haley Joel Osment merupakan pemilik Anugerah Oscar memegang watak sebagai Mowgli dan John Goodman.

Saksikan filem – filem animasi menarik khas cuti sekolah mulai Jun 2011 jam 10.00 pagi menerusi slot School Break Special hanya di TV2.

anima_pocahontas

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lirik Lagu OST HANYA Nyanyian Aril AF7

8TV on the Street Paling Havoc