in

8TV New York Festivals International Television & Film Awards

PENANTIAN 8TV DI
New York Festivals International Television & Film Awards

Stesen hip 8TV sekali lagi mengangkat nama Malaysia apabila dicalonkan di New York Festivals International Television & Film Awards (NYF). Anugerah NYF Television & Film merupakan anugerah yang cukup berprestij ini cukup dikenali di dunia.

Anugerah ini diadakan untuk mengiktiraf hasil kerja-kerja kreatif “World’s Best Work” dalam berita, suka, dokumentari, informasi dan rancangan hiburan termasuk video muzik, informesial, slot promo, pembukaan program dan ID.

8TV_MRS

Semasa majlis pengumuman finalis dibuat, promo Rasa Sayang terbitan 8TV telah berjaya tercalon untuk dua kategori iaitu Promotion Spot, Art & Technique Promotion/Open & IDs for Direction dan Original Music. Kategori ini dipilih melalui teknik yang digunakan oleh sesebuah produksi yang menyumbang kepada rupa, bunyi dan keseluruhan persembahan untuk sesebuah projek.

Mengikuti perkembangan semasa dan untuk menggalakkan generasi muda untuk lebih kreatif Anugerah NYF Television & Film akan diadili oleh pengarah, penerbit, penulis, pelakon dan pengkiritik yang pernah memenangi anugerah-anugerah berprestij dan cukup dikenali di serata dunia. Semua penyertaan telah disemak oleh juri secara online dan para juri telah sempakat memilih finalis dari 31 buah negara serata dunia.

Kesemua finalis akan ke peringkat kedua penghakiman di mana mereka akan diadili panel professional untuk memilih penerima untuk Grand Trophy serta pemenang untuk Gold, Silver dan Bronze dalam anugerah berprestij ini.

Setiap tahun, pemenang akan menerima anugerah yang diiktiraf antarabangsa ini melalui wakil media dari NYF yang mewakili 65 buah negara serata dunia.

“Saya cukup berbangga dan berbesar hati kerana kerja 8TV berjaya tercalon di anugerah berprestij ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua krew yang terlibat dalam pembikinan promo Rasa Sayang ini. Banyak tenaga, masa, wang dan kreativiti yang dicurahkan untuk projek ini dan segalanya berbaloi apabila kerja kami dilihat oleh orang luar dan bertanding dengan produksi dan kerja-kerja penerbitan dari luar!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV. Tambah Airin lagi, “Sudah tiba masanya produksi tempatan menyerlah dipersada antarabangsa.”

Anugerah New York Festivals Television & Film 2011 akan diadakan di NAB Show di Las Vegas bermula pada 9hb April 2011 hingga 14hb April 2011.

Ikuti rancangan kegemaran anda secara PERCUMA hanya di 8TV! Anda juga boleh mengikuti siaran 8TV di saluran 708 Astro. Jangan ketinggalan untuk menonton program kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau mobile.8tv.com.my menerusi telefon bimbit anda.

5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Tema Cinta Mac di RTM

Rovio Akan Perkenalkan Angry Birds di Facebook