in

Foto Stacy di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2008

Ini dia gambar Juara Akademi Fantasia wanita yang kedua selepas MIla, Stacy yang terkini. Tampak lebih lincah dan nakal seperti dulu-dulunya. Komunikasinya bersama penonton masih lagi dapat dipertingkatkan.

Tapi yang sedihnya, ketika buat persembahan di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Stacy, anak kelahiran Sabah ini masih lagi tersilap masuk ketika permulaan lagi seperti mana kesilapan yang berlaku ketika persembahannya di FFM 21. Mungkin, ada masalah speaker monitor atau Stacy tak mengira rentak… atau… tak tahulah… Harap Stacy belajar dari kesilapan. Kesilapan yang berulang-ulang dapat menjatuhkan kredibiliti anda sebagai juara.

Budiey sekarang sudah sampai di LCCT untuk terbang ke Bali bersama dengan One Nation Emcee untuk Percutian Spa & Istirehat di BALI. Trip ini ditaja sepenuhnya oleh Hotlink. Hadir sama serombongan media dari Berita Harian, Harian Metro, Karangkraf dan Melodi TV3.

Masa ini, Budiey sedang menunggu di balai berlepas. Hadir juga bersama adalah beberapa orang peminat yang telah memenangi peraduan yang dianjurkan oleh Hotlink. Tahniah untuk korang… katanya mereka adalah peminat Fara Fauzana yang menyokong ONE.

Doakan Budiey selamat pergi dan selamat kembali. Gonna miss you all… kepada my SAYANG… gonna miss you so much! Luv you always!

Outstanding

Pemalu tapi nakal

Sopan

 

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Tattoo Lengan Que Haidar

Gambar Pemenang Percutian SPA & Isitirehat BALI Tajaan Hotlink