in

Gambar Pemenang Percutian SPA & Isitirehat BALI Tajaan Hotlink

HOTLINK MENGHADIAHKAN PAKEJ KE BALI BERSAMA PEMENANG GANG STARZ KEPADA ENAM PELANGGAN

One Nation Emcee Menikmati Percutian Spa Bali Dari Hotlink

Budiey nak ucapkan tahniah kepada pemenang yang telah mengikuti rombongan lawatan percutian ke BALI. Seronok betullah diorang ni. Satu kepada Hotlink telah habiskan sebanyk RM2,000. Kira berbaloi sangat lah.

Enam pelanggan Hotlink telah memenangi peluang menyertai pemenang Gang Starz 2. One Nation Emcees, ke percutian empat hari tiga malam di Bali. Apa yang mereka buat hanyalah menambah nilai sebanyak RM100 semasa konsert akhir Gang Starz 2 pada 24 Ogos yang lalu untuk memenangi percutian tersebut.

Rozalila Bt Abdul Rahman, Pengurus Besar Maxis dan Ketua Bahagian Segmentasi Pemasaran berkata,

“Hotlink menghadiahkan pelanggan setianya yang juga peminat Gang Starz 2 percutian ke Bali untuk bermesra dan mengenali idola mereka dengan lebih dekat lagi. Mereka juga akan menikmati juadah bersama Once Nation Emcee di Bali.”

Semasa program popular realiti televisyen ini berlangsung dari April hingga Ogos 2008. Hotlink telah memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan peserta Gang Starz melalui kandungan muat turun seperti penghias skrin, nada dering pemanggil dan klip video. Hotlink juga telah menganjurkan aktiviti komuniti seperti Karnival Hotlink bersama Gang Starz 2 di Taman Titiwangsa Kuala Lumpur dan di Kota Kinabalu di mana peserta Gang Starz 2 berpeluang bertemu dengan peminat mereka.

Selain daripada itu, Hotlink telah mengasah bakat kreatif peserta Gang Starz 2 melalui Hotlink Jingle Challenge dan TV Commercial Challenge, di mana kreatif yang terbaik telah menerima ganjaran dan pengiktirafan.

Tambah Rozalila lagi, “Hari ini kami menghadiahkan pemenang Gang Starz 2, One Nation Emcee dengan percutian spa ke Bali selepas mereka mengharungi cabaran pertandingan selama empat bulan. One Nation Emcee juga telah memenangi undian SMS terbanyak sepanjan tempoh 4 bulan ini.

Bermula 14 hingga 17 Oktober 2008, kesemua enam pelanggan Hotlink dan One Nation Emcee akan melawat lokasi popular di Bali seperti Tanah Lot, Bedugul dan Uluwatu untuk menikmati warisan pulau yang kaya dengan budaya serta berkesempatan membeli belah.

Gang Starz 2 merupakan rancangan realiti televisyen yang paling popular di Malaysia di mana peserta-peserta dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand memaparkan bakat nyanyian mereka.

Dengan kerjasama TV3, Hotlink sebagai penaja utama rancangan Gang Starz 2 berjaya memupuk bakat baru tempatan dan ASEAN untuk menyinari di pentas hiburan Asia Tenggara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Foto Stacy di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2008

Trip Percutian Spa & Istirehat BALI Bersama One Nation Emcees