in ,

Tayangan Eksklusif Drama Bersiri Rectify di Sundance Channel

[dropcap]S[/dropcap]iri Asli Dihasilkan oleh Ray McKinnon dan Diterbitkan Secara Eksekutif oleh Pasukan di Belakang “Breaking Bad” yang Memenangi Banyak Anugerah

Sundance Channel mengumumkan hari ini bahawa siri asli “Rectify” akan disiarkan pada 30 Mei 2013 jam 10:00 malam. Siri enam episod selama sejam setiap satu ini dihasilkan dan ditulis oleh Ray McKinnon (The Accountant, That Evening Sun, Mud) dan diterbitkan secara eksekutif oleh Mark Johnson dan Melissa Bernstein (pasukan di belakang siri “Breaking Bad” AMC yang tersohor). Ia akan disiarkan di seluruh dunia melalui Sundance Channel di negara serata Eropah, Amerika Utara dan Asia pada musim bunga ini.

rectify

[pullquote align=”right”]Sundance Channel mengumumkan tayangan eksklusif Rectify pada 30 Mei ini. Sundance Channel boleh ditonton secara HD menerusi Astro b.yond[/pullquote]

Apabila Daniel Holden (dilakonkan oleh Aden Young) dibebaskan selepas 20 tahun diasingkan untuk menjalani hukuman gantung, beliau kembali sebagai orang asing buat keluarganya, buat masyarakatnya, dan buat zamannya. Namun begitu, dia Berjaya mengharungi keperitan emosi dan mental pemenjaraannya, dan kini tembok penjara itu sudah dihapuskan buatnya dan Daniel kini bebas dalam dunia yang tidak lagi difahaminya. Beliau kini adalah orang luar, sesat dalam dunia yang dahulu dikenalinya, dan berusaha mengemudi kebebasan yang baru dikecapi. Ditambah dengan dua dekad perubahan teknologi dan sosial yang dilalui bandar kecilnya dan dunianya, semua yang ditempuhinya kini ibarat satu teka teki.

Kehadiran tidak dijangka Daniel bukan sahaja menyebabkan keluarganya kucar-kacir, malah menimbulkan semula riak-riak kurang senang terhadap mereka yang berkaitan kesnya – pendakwa raya yang menjadi terkenal dan kemudian menjadi senator, sheriff yang menerobos sempadan siasatan kes itu, dan seluruh bandar Paulie, Georgia, yang menyalahkannya kerana membunuh salah seorang daripada mereka. Seperti percikan maut, pembebasan Daniel mencetuskan semula misteri, permainan kuasa, dan persoalan terhadap keadilan yang menghukum beliau.

Siri ini menerima banyak pujian daripada wartawan selepas tayangan eksklusif di Festival Filem Sundance 2013 di Park City Januari lalu. Newsweek/Daily Beast menyifatkannya sebagai “salah satu skrip perintis terbaik dalam masa sepuluh tahun lepas.” Penerbitan berita lain turut mengulas gaya penceritaan tersendiri “Rectify.” The Salt Lake Tribune menggelarkannya “murung dan memukau,” sementara TV Guide pula menyifat “kisah kelahiran semula yang digambarkannya sangat indah.”

Pencipta siri Ray McKinnon baru-baru ini mengulas sumber ilham “Rectify”:

“Imaginasi saya untuk cerita ini dicetuskan oleh siri beberapa kes sebenar di Illinois beberapa tahun dahulu, apabila seorang demi seorang dibebaskan daripada tali gantung selepas bukti DNA tidak menyokong kes berkenaan. Pastinya, ramai orang di seluruh negara telah dibebaskan selama ini melalui ujian DNA. Namun perkara yang mencetuskan imaginasi saya adalah apabila membayangkan hari pertama, jam pertama, atau minit pertama seseorang yang telah dibebaskan daripada kawalan keselamatan paling ketat dan derianya dihambat menunggu hukuman gantung. Saat-saat kecil “hidup tanpa belenggu” pastinya definisi paling benar di luar realiti buat kedua-dua mereka yang dibebaskan dan keluarganya. Itulah yang menarik minat saya pada mulanya, mendorong saya untuk melihat ke mana hala tuju individu dan cerita ini. Untuk meneroka kewujudannya — jika tidak secara fizikal — kelahirannya semula.”

Membintangi “Rectify” di samping Aden Young (Killer Elite, The Tree) sebagai Daniel Holden adalah Abigail Spencer (Cowboys and Aliens, Oz the Great and Powerful), yang membawa watak Amantha Holden, adik perempuan Daniel Holden yang yakin sepenuhnya abangnya tidak bersalah dan mendedikasikan seluruh hidupnya untuk membebaskan beliau; J. Smith Cameron (“True Blood,” Margaret), yang membawakan watak Janet Talbot, ibu Daniel yang penyayang, yang selama 19 tahun telah hidup menanti kematian anaknya dan redha dengan perkara itu, dan berhenti menaruh harapan terhadap pembebasannya; Luke Kirby (Take this Waltz, “Slings and Arrows”) yang menjayakan watak Jon Stern, peguam Daniel yang bekerja dengan organisasi yang membebaskan mereka yang dituduh secara salah; Clayne Crawford (A Walk to Remember) sebagai Ted Talbot, Jr., abang tiri Daniel yang belum pernah bertemu dengannya; Adelaide Clemens (Silent Hill: Revelation 3D, The Great Gatsby) membawakan watak Tawney Talbot, isteri Ted yang baik hati; Bruce McKinnon (The Way Home) sebagai Ted Sr. ayah tiri Daniel; Jake Austin Walker (The Chaperone) sebagai Jared, abang tiri Daniel; Michael O’Neill (Transformers) sebagai Senator Roland Foulkes; dan Hal Holbrook (Into the Wild) sebagai Rutherford Gaines, bekas peguam cara Daniel.

Mark Johnson (Rain Man, The Notebook, The Chronicles of Narnia) dan Melissa Bernstein dari Gran Via juga bertindak sebagai penerbit eksekutif. Ini merupakan projek kedua Johnson dan Bernstein dengan AMC Networks. Projek pertama adalah siri “Breaking Bad” AMC yang memenangi Emmy Award®.

Sundance Channel boleh ditonton secara HD menerusi Astro b.yond. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.sundancechannelglobal.com

Tentang Sundance Channel
Didedikasikan buat misi pengasas Robert Redford untuk meraikan kreativiti, Sundance Channel adalah destinasi televisyen untuk penonton yang berfikiran bebas dan mencari sesuatu yang berbeza. Berani, berimaginasi dan tidak meragukan, Sundance Channel
menawarkan penonton pelbagai filem bebas, dokumentari dan program asli berkualiti tinggi yang menarik perhatian. Selain diedarkan di seluruh Amerika Utara, Sundance Channel juga terdapat di Eropah dan Asia. Dimiliki dan dioperasikan oleh AMC Networks Inc., Sundance Channel adalah jenama magnetik yang dikenali ramai dan tersedia dalam HD dan merentasi pelbagai platform.

Tentang AMC Networks Inc.
Berdedikasi menghasilkan kandungan filem dan program berkualiti selama lebih 30 tahun, AMC Networks Inc. (NASDAQ: AMCX) memiliki dan mengoperasi beberapa jenama popular dan pemenang anugerah dalam televisyen kabel. AMC, IFC, Sundance Channel, WE tv, dan IFC Films menerbit dan mempersembah kandungan yang berbeza, menakjubkan, dan sesuai dengan budaya yang melibatkan penonton merentasi pelbagai platform. Syarikat ini juga mengoperasikan AMC/Sundance Channel Global, satu program perniagaan antarabangsa, dan AMC Network Broadcasting & Technology, syarikat pengedar dan rangkaian servis penuh program asli.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Forteen Kembali Dengan Single Terbaru Berjudul KITA

Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem LARI