in

Forteen Kembali Dengan Single Terbaru Berjudul KITA

[dropcap]F[/dropcap]orteen sekarang ini dah jadi sebuah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi, memang diorang dah mencapai tahap popular di dalam industri muzik tanah air. Kumpulan di bawah didikan KRU yang ditubuhkan pada awal 2011. Dah terang lagi bersuluh, maksud Forteen – Untuk Remaja sekaligus melambangkan kesemua ahli grup ini yang masih muda remaja. Menyelak kembali lembaran kehadiran empat anak muda ini, tahun 2011 merupakan detik permulaan bagi perjalanan karier Forteen. Dengan pakej dan bakat suara dari empat orang anak seni berbakat iaitu One, Ariz, Ameerais dan Izzue muncul dengan single Berdua Bersatu yang merupakan single pertama mereka.

Ternyata single ini telah berjaya mendapat respon yang amat positif di kalangan penggemar muzik tanah air. Corong radio juga tak kurang meriah memutarkan lagu ini kerana mendapat permintaan dari pendengar. Ini terbukti walaupun belum genap setahun kehadiran mereka di industri muzik tanah air, Forteen telah berjaya ke Top 5 kategori Artis Duo/Berkumpulan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

[pullquote align=”right”]Single lagu KITA ini merupakan single berkonsepkan pop balada dan mendapat sentuhan berbisa komposer terkenal iaitu Edry Abdul Halim.[/pullquote]

Dari segi bakat tu, memang diorang ni berbakat dan yang penting kat Malaysia kita ni kena ada pakej. Takde pakej memang susah nak hidup. Rupa paras kacak dan jambu menjadi taruhan Forteen. Patutlah ramai aweks-aweks tergilakan mereka ni. Sekaligus, Forteen menjadi perintis boy band di Malaysia. Budiey lihat mereka semua sentiasa menjaga penampilan, baru nampak segak dan menawan.

“Bagi kami, apa yang penting adalah kualiti. Kalau terlalu terburu-buru untuk hasilkan lagu, nanti tak puas hati, jadi tak naklah timbul masalah di kemudian hari.”

Kehadiran “Seperti Dulu” (lagu tema filem animasi 3D, “29 Februari”) selaku single kedua pada tahun 2012 sekali lagi berjaya melonjakkan populariti Forteen di persada seni tanah air. Tahun 2012 juga merupakan pencapaian yang baik buat Forteen apabila mereka dinobatkan selaku Vokal Berkumpul Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2012.

Forteen tampil sekali lagi mewarnai industri muzik tanah air bagi tahun 2013 dengan single terbaru berjudul “Kita”. Single lagu KITA ini merupakan single berkonsepkan pop balada dan mendapat sentuhan berbisa komposer terkenal iaitu Edry Abdul Halim.

Lagu ini menjadi popular kerana sering dimainkan di kaca TV di mana lagu ini adalah lagu tema untuk drama Sebenarnya Saya Isteri Dia.

Kita mengeskpresikan perasaan seseorang yang berdepan cinta kekasihnya yang sudah tidak sehebat dulu dan timbul pelbagai persoalan tentang masa depan.

Menurut Forteen:

“Harapan kami adalah untuk terus menghasilkan single-single yang berkualiti dan ingin berkerjasama dengan KRU Music dalam jangka masa panjang. Single “Kita” juga masih mengekalkan irama pop ballad seperti single yang terdahulu dan mengetengahkan elemen-elemen segar dan senang untuk di dengar.”

KRU Music yakin kemunculan Forteen menerusi “Kita” mampu mengangkat karier seni mereka ke tahap yang lebih tinggi sekaligus menggembalikan era kegemilangan vokal berkumpulan tanah air.

Forteen cover album KITA

LIRIK LAGU KITA – FORTEEN

Kau renunglah wajahku
Di manakah hilangnya
Raut seperti dulu
Bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah
Kerana hati masih
Sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

[*] Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita
Di jiwaku sengsara menanggung derita
Kerana cinta berubah tapi tak mahu kehilanganmu
Repeat [*]
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita
(OST Sebenarnya Saya Isteri Dia)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Lynda Roslan & Aizul Marcello Berkahwin

Tayangan Eksklusif Drama Bersiri Rectify di Sundance Channel