Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sekitar Majlis Pelancaran Program Istana Budaya Jun – Disember 2008



Satu majlis pengumuman program sepanjang Jun hingga Disember 2008 telah diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya telah diadakan pada jam 8.30 malam, 9 Jun 2008 hari Isnin lalu.

Antara yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Yang Berbahagia Dr. Muzahet Masruni, Ketua pengarah Istana Budaya, Encik Mohamed Juhari Shaarani serta penerbit teater dari pelbagai genre seperti konsert, orkestra, kumpulan keseniaan, tari dan sebagainya.

Antara program yang telah dirancangkan untuk mengisi slot bulan Jun hingga Disember ialah:

  1. Konsert Maharaja (21 hingga 22 Jun 2008)
  2. Konsert Amal Senandung Semalam Bersama Alleycats (27 hingga 29 Jun 2008)
  3. KL Music Fest (2 hingga 6 Julai 2008)
  4. Konsert Musical Journey Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia (11 hingga 12 Julai 2008)
  5. Muzikal Patriot (29 Julai hingga 3 Ogos 2008)
  6. Teater Ibu Zain (12 hingga 18 Ogos 2008)
  7. Festival Keseniaan Kanak-Kanak (22 hingga 24 Ogos 2008)
  8. Konsert OSR (29 hingga 30 Ogos 2008)
  9. Titian Budaya (19 hingga 20 Oktober 2008)
  10. Konsert Alam Muzik M. Nasir (24 hingga 26 Oktober)
  11. Anak Malaysia (31 hingga 2 November 2008)
  12. Impak Maksima The Musical (11 hingga 22 November 2008)
  13. Teater Muzikal Kanak-Kanak Sinbad (29 November hingga 6 Disember 2008)
  14. Mamma Mia! (17 Disember 2008 hingga 4 Januari)
  15. A Grand Night For Singing (16 hingga 20 Julai 2008)
  16. Abegg Trio Show (11 Oktober 2008)

Bagi Budiey, Istana Budaya adalah antara 11 agensi yang dikendalikan oleh kementerian yang mendapat liputan sangat meluas selain Finas dan Aswara kerana suntikan glamournya. Jadi, sudah tentu program yang dirancang ini begitu menyeluruh untuk setiap genre dan cabang seni. Keseimbangan antara produk tempatan dan produk dari luar negara perlu diselaraskan. Satu yang Budiey perlu berikan pujian, kalau diperhatikan hanya 20% persembahan datang daripada produk luar negara. Pada saya, Istana Budaya perlu lebih mengangkat produk tempatan untuk menggalakkan serta merangsangkan lagi perkembangan seni di kalangan orang kita.

Turut memberikan ucapan ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Yang Berusaha En. Mohamed Juhari Shaarani dan pelancaran Program oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia, Yang Berbahagia Dr. Muzahet Masruri.

En. Mohamed Juhari Shaarani yang menyambut harijadinya semalam. Happy belated birthday to you!

Dr. Muzahet Masruri

Turut dipertontonkan kepada hadirin adalah sedutan persembahan Program sepanjang Jun hingga Disember 2008.

Setelah sesi fotografi, semua hadirin dijemput untuk ke jamuan makan di Laman Beringin.

Safura yang kini berbadan dua sedang berduet.

none

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • PROGRAM LAMAN SANTAI LAGU & FILEM DI ISTANA BUDAYA
  • PELUANG JADI PEMUZIK ORKESTRA DI ISTANA BUDAYA
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Poster Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”
  • UJI BAKAT PUSAT PEMUZIK MUDA ISTANA BUDAYA
  • Dafi AF, Rahim Maarof, Ogy Ahmad Daud di Laman Santai
  • Jom Nonton Teater Musical Peter Pan di Istana Budaya
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Winner WorldStars Road To Hollywood Istana Budaya at TV2



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK