in

Pakej Internet Fibre Baru 20Mbps & 30 Mbps dari Maxis

PELANGGAN BOLEH MENIKMATI KELAJUAN YANG MENAKJUBKAN PADA HARGA PALING MAMPU DENGAN PAKEJ INTERNET FIBER BARU 20MBPS DAN 30MBPS DARI MAXIS

• Maxis mengatakan bahawa untuk kelajuan internet fiber, tiada siapa yang patut menikmati kelajuan yang kurang daripada 10Mbps.
• Maxis membawa pengalaman internet pelanggan ke tahap lebih tinggi dengan pakej internet fiber baru 20Mbps dan 30Mbps pada nilai harga yang hebat.
• Pelanggan juga dapat menikmati sehingga 300 minit percuma untuk panggilan ke nombor mudah alih Maxis dan sehingga 300 minit percuma ke 10 destinasi IDD.
• Liputan internet fiber yang terluas untuk pelanggan, merentasi 1.3 juta kediaman dan pejabat di Lembah Klang dan kawasan terpilih di Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Melaka.

Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, terus menerajui pasaran dalam menyediakan perkhidmatan internet yang pantas, paling mampu dan boleh dipercayai. Maxis kini menawarkan pelan 20Mbps dan 30Mbps untuk perkhidmatan Internet Fiber Kediaman supaya pelanggan boleh menikmati tawaran fiber yang hebat pada kelajuan yang lebih baik.

Kelajuan ini membolehkan pengalaman dalam talian yang lebih pantas dan lebih dipercayai untuk muat turun, aplikasi masa sebenar dan permainan berbilang pengguna. Kediaman dengan pelbagai peranti juga boleh memanfaatkan akses yang lebih pantas dan kemudahan sambungan WiFi yang kukuh dan boleh dipercayai.

Maxis - Ebru Dorman

Ebru Dorman, Ketua Kediaman dan Jalur Lebar Maxis

Ebru Dorman, Ketua Kediaman dan Jalur Lebar Maxis berkata, “Di Maxis, kami faham bahawa pengguna mencari kelajuan yang lebih pantas dan perkhidmatan yang boleh dipercayai untuk menikmati pengalaman internet yang terbaik. Itulah sebabnya kami percaya bahawa untuk kelajuan internet fiber, tiada siapa yang patut menikmati kelajuan yang kurang daripada 10Mbps. Dengan pelan promosi kami, pelanggan akan menikmati kelajuan yang menakjubkan pada harga yang paling mampu. Sama ada 10, 20 atau 30Mbps, pelanggan dijamin muat turun yang lebih pantas, pengalaman membeli-belah internet yang dipertingkatkan, streaming dalam talian yang lancar, permainan tanpa gangguan dan banyak lagi. Kami teruja untuk menyediakan tawaran terbaik di pasaran bagi mereka yang ingin pengalaman dalam talian yang terbaik.”

Pelanggan Pascabayar Mudah Alih Maxis akan menikmati penjimatan yang lebih dengan promosi pakej internet fiber baru ini, bermula serendah RM148 sebulan untuk pakej 10Mbps, RM198 sebulan untuk pakej 20Mbps dan RM248 sebulan untuk pakej 30Mbps. Pelanggan Bukan-Pascabayar Mudah Alih Maxis boleh mendaftar untuk pakej ini pada harga RM168 sebulan untuk pakej 10Mbps, RM238 sebulan untuk pakej 20Mbps dan RM298 sebulan untuk pakej 30Mbps; atau mendaftar untuk perkhidmatan Pascabayar Maxis untuk menikmati harga istimewa dan yang terbaik

Pakej Internet Fiber Maxis untuk Kediaman ditawarkan dengan panggilan tanpa had ke nombor talian tetap Maxis, serta peruntukan minit percuma untuk nombor mudah alih Maxis dan 10 destinasi IDD. Peruntukan minit berbeza mengikut pakej yang dipilih dengan sehingga 300 minit percuma untuk nombor mudah alih Maxis dan sehingga 300 minit percuma untuk IDD. Yuran standard pemasangan sebanyak RM200 dilepaskan. Pelanggan juga mendapat modem WiFi Kediaman percuma dan telefon DECT percuma dengan pakej ini.

Internet Fiber Maxis untuk perkhidmatan Home dibina atas teknologi Gentian-ke-Rumah (Fiber-to-the-Home – FTTH). Maxis mempunyai liputan internet fiber yang terluas untuk pelanggan, merentasi 1.3 juta kediaman dan pejabat di Lembah Klang dan kawasan terpilih di Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Melaka.

Untuk melanggan pakej-pakej ini, pelanggan boleh melawat Pusat Maxis terdekat, cawangan rakan kongsi eksklusif Maxis, peniaga yang dibenarkan atau mendaftarkan minat mereka di maxis.com.my/home. Bagi mereka yang tidak berada dalam kawasan liputan Internet Fiber Maxis, mereka boleh memilih daripada mana-mana perkhidmatan Internet Wayarles Kediaman atau Jalur Lebar Wayarles kami yang boleh didapati di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, pelanggan boleh lawati maxis.com.my.

Maxis - 10,20,30Mbps banner

Butir-butir pakej Internet Fiber Maxis untuk Kediaman adalah seperti berikut:

Kelajuan Internet 10Mbps 20Mbps 30Mbps
Yuran Bulanan RM148 setiap bulan untuk pelanggan pascabayar Maxis RM198 setiap bulan untuk pelanggan pascabayar Maxis RM248 setiap bulan untuk pelanggan pascabayar Maxis

RM168 setiap bulan untuk pelanggan bukan-pascabayar Maxis
RM238 setiap bulan untuk pelanggan bukan-pascabayar Maxis
RM298 setiap bulan untuk pelanggan bukan-pascabayar Maxis
Kuota Kuota Tanpa Had
Panggilan percuma ke talian mudah alih Maxis dari telefon DECT 100 min / bulan 200 min / bulan 300 min / bulan
Panggilan percuma ke destinasi IDD* (talian mudah alih dan tetap) dari telefon DECT 100 min / bulan 200 min / bulan 300 min / bulan
Panggilan percuma ke talian tetap Maxis dari telefon DECT
Tanpa had

Yuran Pemasangan
PERCUMA. Caj tambahan akan dikenakan untuk pemasangan bukan-standard
Yuran Penamatan (jika perkhidmatan ditamatkan dalam tempoh kontrak 24 bulan) RM500
Peranti percuma Telefon DECT dan modem WiFi Kediaman
Perkhidmatan nilai tambahan percuma Keselamatan Internet (Kawalan Ibu Bapa, Antivirus, Firewall, Anti-Spyware dan Anti-Spam)
Caj panggilan berikutnya ke talian mudah alih Maxis dan talian bukan mudah alih Maxis RM0.09 / minit

Caj panggilan berikutnya ke talian tetap bukan Maxis Panggilan tempatan – RM0.05 / minit
Panggilan ke seluruh negara – RM0.09 / minit

* Singapura, Cina, Jepun, Thailand, Indonesia, India, Australia, United Kingdom, Taiwan dan Vietnam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

New Tune Hotel Haymarket Edinburgh To Offer Rooms From Only £5 Per Night!

Konsert Orkestra Permata Seni Muzik